Ahad, 23 Oktober 2011

ohh rindu

assalamualaikum...


ohhhhhh rinduuuuuu budak-budak kecik ini
sob sob sob sob





dan ini




my gorgeous saturday

assalamualaikum...


semalam yang sangat indah.


pagi yang indah apabila perhitungan hari mungkin terjawab dalam keadaan yang positif.THANK YOU ALLAH.
.


petang menjelma tak terlalu indah.huh sakit hati!hal kecik pergi besarkan.chit.tak suka tak suka.tahulah penat tapi tak payah laa nak cakap kasar-kasar.
.


bila malam menjelma terus jadi terlalu indah.suka suka suka.
quarter pounder + mc'flurry milo supreme.
bersantai di padang polo apabila mek nonoi dipenuhi dengan manusia-manusia.






lagi indah bila disulami dengan tutti frutti yang gorgeous.





terima kasih sis dewi dan tym yang gorgeous sebab mengindahkan lagi sabtu saya dan lagi indah bila sis dewi belanja saya.hehehe suka suka suka.






syukur alhamdulillah atas kurniaan dan nikmat yang kau limpahkan.



happy 2nd birthday dearie blog

assalamualaikum...




dearie warnawarnidiarikehidupan,


di sini segala-galanya diluahkan.yang gembira yang sedih.apa jua yang terjadi dalam hidup di sini jugak tempat untuk dicorat corit cerita suka duka untuk dijadikan kenangan dan mungkin untuk dijadi tatapan si gorgeous dan si handsome juagak.mungkin yang baik boleh dijadikan ikutan yang buruk dijadikan ikhtibar dan pengajaran.
.


segala yang diluahkan tak bermaksud untuk menunjuk-nunjuk.itu semua sekadar untuk dijadikan kenangan sebab kalau simpan dalam hati atau kepala mudah hilang.
.


2 tahun bersama adalah sesuatu yang sangat indah.saat tertekan dan tak ada tempat nak luahkan makanya sinilah tempat untuk diluahkan segalanya.mungkin kadang-kadang agak terabai diari nie.tapi apa jua yang jadi aku tetap sayang kamu warnawarnidiarikehidupan.ya hanya kamu kerana kamu lebih memahami.haha.
.


selamat hari lahir yang kedua.terima kasih sebab ada ketika aku selalu memerlukan kamu untuk meluahkan apa yang rasa dekat hati ini !


my blog my soul.




peace yoo

Jumaat, 21 Oktober 2011

assalamualaikum...




first trial DONE !!!
syabas untuk diri sendiri yoo .....




traffle cake with kiwi and lychee .....




apam polka dot .....






luka dilukai

assalamualaikum...




luka dilukai
.


kadang-kadang kita tak sedar percakapan kita akan melukakan hati orang.sama jugak seperti perbuatan kita.memang payah nak puaskan hati seseorang.pernah terfikir yang kamu tak pernah bersyukur dengan apa yang kamu ada sekarang.
.


ohh sakitnya hati ini.betapa terluka jiwa ini dengan ini semua.tapi apakan daya setiap dugaan harus diterima dengan hati yang ikhlas.
.


maafkan aku kawan bila ini tetap terjadi !!!!!!
.


p/s : peringatan buat diri sendiri

menghitung hari

assalamualaikum...


hai gorgeous and handsome sekelian alam!


menghitung hari detik demi detik lalala.
today is friday dan aku masih menghitung hari yang bakal berpenghujung tak lama lagi.runsing dan pening bila difikirkan.bila tak difikirkan memang marvelous tapi bila sampai waktunya?berteka-teki sendiri.tanya sendiri dan jawab pun sendiri.alahai apalah penghujung ceritanya?


' YA ALLAH berilah ketenangan kepada hambamu ini.berilah setiap persoalan berakhir dengan sesuatu yang indah........AMIN '




masih mampukah untuk aku terus tersenyum seperti hari-hari aku selalu????




p/s : happy weekend peep !!!




Rabu, 21 September 2011

riang ria raya

assalamualaikum...

riang ria raya aumm aumm aumm



**

**

**

**

**

**

**

**




to be continued...........
 
 

dear cik salmah

assalamualaikum...


hello gorgeous and handsome
.

bahagianya hari saya hari ini.kalaulah hari-hari boleh macamnie.since dah keluar dari "tempat puaka" tu hari-hari aku semakin meriangkan.
.

cukuplah pengalaman 3 bulan dah banyak mengajar aku erti hidup dekat dunia nie.betapa pentingnya kejujuran,tanggungjawab kita terhadap sesuatu.dan yang paling utama betapa pentingnya sikap -menepati janji.bukan waktu susah nak guna orang taburkan janji-janji manis dah tu bila dah senang boleh buang macam tu saja.
.

apa jugak yang kita lakukan ingat,ALLAH tu maha melihat dan maha mendengar lagi maha adil.ya memang sekarang "dia" sedang bersenang-lenang atas penderitaan orang.suatu hari pasti akan terjawab segala-galanya.tak dekat dunia nie dekat akhirat kelak.apa yang penting sabar.sebab sabar itu indah.pasti akan dibalas dengan yang lebih indah.
.

buat tatapan cik salmah yang suatu masa dulu pernah aku cintai dan sayangi,
(euuwww cintakah??sayangkah??)

hidup di dunia nie sementara waktu je.sekelip mata kesenangan akan ditarik balik.ingat!!cik salmah mempunyai anak yang tak dinafikan bijak-bijak belaka.tak mungkin suatu hari nanti perkara yang sama cik salmah lakukan pada saya akan berulang kepada anak-anak cik slamah.kalau tak anak pun,anak saudara,adik beradik dan seanteronya.

cukuplah cik salmah.jangan mengkhianati orang lain lagi macam mana cik salmah mengkhianati saya.hutang tetap hutang yoo.jangan lari.

peace yoo cik salmah :)


my new job

assalamualaikum...



currently as stuff of Faber Medi-Serve,Hospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh
.


Jumaat, 16 September 2011

happy birthday malaysia

h.a.p.p.y
b.i.r.t.h.d.a.y
m.a.l.a.y.s.i.a


hello hello

assalamualaikum...




hello gorjes & handsome sekelian
okey just nak say hello to everyone saja.sebab dah lama tak updated so saja-saja updated supaya blog nie tak di anak tirikan.




with love more and most,








selamat berhujung minggu dunia :)




Sabtu, 27 Ogos 2011

hello dunia :)

assalamualaikum...




hi !! selamat berhujung minggu semua dan selamat jugak buat diri saya sendiri.selamat jugak buat semua untuk membuat persiapan raya.haa raya dah nak dekat??ohh kejap masa berlalu.
.


ho ho ho ho ho ho ho ho ho ho
lama dah tak jenguk blog nie.biar sepi macam tu je.rindu dekat blog nie rindu dekat entry kawan-kawan yang lain.hampir 3 bulan rasanya tinggalkan blog nie macam tu je since lappy problem.
.


so harinie semangat datang nak jugak tempek barang satu dua entry buat tatapan semua.hek ada ke orang nak kisah ada entry ke tak entry ek.
.


mood nak meng-update pun dah ke laut.banyak kisah yang nak ditempekkan kat sini tapi mood nak mengarang tu pun jadi ada tak ada je.
.


so hari nie dah masuk ramadhan yang ke 27.tapi sedih sangat sebab ramadhan kali nie tanpa opah lagi di sisi.sob sob sob.tinggal beberapa hari je lagi ramadhan akan meninggalkan kita.rasa sedih rasa sayu semua rasa pun dah bercampur-campur.masih ada lagikah ramadhan akan datang buat kita??cukupkah amalan-amalan yang kita pulun??terimakah ALLAH amalan-amalan kita??ohh tuhan aku mengharapkan masih ada lagi ramdhan buat aku dan semua di tahun yang mendatang.terima kasih tuhan kerana hidupkan aku sehingga ramdhan yang ke 27 ini.
.


okey ! tak tahu dah nak type apa-apa.tiba-tiba jadi blur.selamat berpuasa untuk ramadhan yang ke 28 esok buat semua insyaallah dan selamat beramal serta selamat membuat persiapan menyambut syawal :)




selamat malam dunia.




Sabtu, 9 Julai 2011

9 julai

Assalamualaikum...


alhamdulillah masih bernafas di pagi yang indah.baru sempat untuk menjenguk blog.lama dah tak membebel di sini.
.

Selamat berhujung minggu buat semua.
.

Sabtu, 2 Julai 2011

yapeda

assalamualaikum...




entry merapu meraban...




2 july 2011,hari sabtu,hari cuti,hari berjalan-jalan,hari menghabiskna duit jugak.jugak hari jalan-jalan cari makan.jadinya masa untuk mencuba gcb burger mc'donalds.sangat sedap.tapi tetap rindu pada chicken foldover.bila laa nak keluar lagikan.kalaulah aku penerbit mc'donalds 2.
.






dah lapar semula!!!!






Jumaat, 1 Julai 2011

Jumaat, 17 Jun 2011

jumaat sudah

assalamualaikum...




yeay jumaat sudah.suka.hilang dah penat untuk minggu nie.suka sangat dengan jumaat.bila ada jumaat pasti ada sabtu.bila ada sabtu pasti ada ahad.suka lagi.hari untuk bersenang lenang dan menarik nafas lega sambil menghayati hari-hari yang telah dilalui.ohoi.suka lagi dan lagi.
.




lagi suka bila.....


**

**

**

**

**

**




boleh lupakan nota-nota.tinggalkan pen.
:)




tapi,
bila ada ahad pasti ada isnin.oh my.tak suka.tak suka.
.






with love,








p/s : selamat berhujung minggu.manfaatkan hujung minggu kamu-kamu semua!!mari kita berpesta yaw!!!






Khamis, 16 Jun 2011

untitled

assalamualaikum...




pheww!!lama sudah tak meninggalkan jejak pada blog nie.tinggal-tinggal sudah je.mungkin sibuk.mungkin jugak aku buat-buat sibuk.tapi yang pasti sekarang lagi tak boleh nak online di rumah sebab laptop buat hal.entah virus menyerang entah dan entah.malas fikir lebih-lebih nanti bertambah-tambah kesakitan dihati.mulalah timbul aura negatif dalam diri.nie pun curi-curi masa rehat them pergi cyber cafe kedai sebelah.tolong menolong katanya.kau datang spa aku,aku datang cc kau.ekekeke.
.




tapi yang pasti sekarang aku tengah mensibukkan diri ambil sijil kemahiran malaysia (s.k.m) dalam bidang kecantikan dan kesihatan di iyanis green beauty,ipoh perak.insyaallah kalau tak ada apa-apa hal nak bukak spa.cewahh.angan-angan.tapi harap-harap impian akan terlaksana.amin.insyaallah jugak kalau tak ada apa-apa aral aku nak sambung terus buat diploma.menebus kekecewaan yang lepas-lepas.
.




with lots of love,


















Sabtu, 4 Jun 2011

dearie awak,,

assalamualaikum...


dearie awak,
saya sayang awak.saya rindu awak.saya selalu mengharapkan yang terbaik untuk awak dan saya.sakit awak sakitlah saya.
.





rindu ini blog!!!

assalamualaikum...


rindu..rindu..rindu..rindu..rindu sama ini blog!!
lama dah tak corat coret dekat sini.
sepi tanpa apa-apa cerita.
.




 


 

Isnin, 16 Mei 2011

alkisah tersebut al-kisah 16 mei 2011

assalamualaikum...


al-kisah 16 MEI 2011,


selamat hari guru buat semua guru-guru,ustazah-ustazah,ustaz-ustaz,pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar saya di tadika islam kampung seri klebang,sekolah kebangsaan chepor,sekolah agama rakyat kampung seri klebang,sekolah menengah kebangsaan tasek damai,sekolah menengah teknik teluk intan,sekolah menengah kebangsaan jalan tasek,uitm machang,uitm merbok.
JASAMU DIKENANG HINGGA AKHIR HAYAT.TERIMA KASIH CIKGU!!
.


tak lupa  buat makcik-makcik,pakcik-pakcik,sepupu-sepupu,kawan-kawan yang bergelar guru dan bakal jadi guru juga.
.


dan buat guru yang banyak mengajar aku erti hidup dan sentiasa ada bersama aku susah dan senang MUMMY & PAPA & ATOK & KAK YONG & ANGAH & KELUARGA.
walaupun kalian bukan guru yang diiktiraf,namun kalian adalah guru yang terhebat di hati ini.kalianlah lilin yang membakar diri.sayang selamanya.
.



dan,dan,dan,dan,dan,dan,dan,dan,
,

,,


,,,



,,,,




,,,,,





CUTI UNTUK HARI INI setelah 14 hari kerja tanpa henti.lost world of tambun,here i come.thanx to iyanis green beauty,ipoh for the trip.
.




 

Rabu, 11 Mei 2011

rabu yang suram

assalamualaikum...


hari ini hari rabu hari  yang sangat melukakan.menyakitkan.dah cuba jugak sedaya upaya nak buatkan hari rabu hari ini hari yang indah tapi tak mampu.aku cuba untuk tersenyum.ya aku mampu lagi tersenyum.tapi dalam hati,betapa remuknya hati aku betapa sakitnya hati aku.
.


ikut hati yang jahat memang aku sumpah kamu-kamu semua jadi sengsara seumur hidup.tapi aku masih ada lagi pertimbangan.aku serahkan segalanya kepada-NYA.hanya DIA yang tahu segalanya dan kebenaran akan terjawab jugak.selagi aku boleh bersabar,aku tetap sabar.
.


kononnya profesional.ada keluarga yang bahagia.anak-anak yang pandai.tapi mulut macam haram.kau tak sedar ke apa yang kau luahkan akan mengguris hati orang?perfect ke kau?dalam tak sedar kau dah memalukan orang.tak ada siapa yang mintak jadi macamnie.semua orang kalau boleh nak perfect.tapi jangan kau jadikan sesuatu tu sebagai bahan uji kaji kau untuk buat orang tertawa.betul kot kata ustaz kau tak pernah berzakat 2 sebab ada rasa kehilangan.
.

seperkenalan aku dengan kau,tak pernah aku tengok kau mengabdikan diri pada-NYA.mungkin kau period.lagi pulak kita baru kenal.lihat saja pada hari-hari mendatang.sigh.
.


aku benci bila perasaan macam nie datang.aku tak suka untuk membenci orang.semua pun aku sayang.tapi kau keterlaluan.kau kejam.
.



astaghfirullahalazim!!ya allah kau jagalah tutur kataku.ampunkan aku ya allah.
.



p/s : cakap guna otak bukan ikut hati dan perasaan.bila ada orang gelak kau bangga.




Isnin, 9 Mei 2011

hectic weekend

assalamualaikum...


penat..penat..penat..
tak cukup tidur.terlalu banyak kerja dekar luar sampai kerja dekat dalam tergendala.oh betapa teruknya aku dalam membahagikan masa yang 24jam itu.terasa macam tak cukup je masa 24jam.betapa aku tak tahu menilai anugerah masa yang 24jam itu sebenarnya dah semolek-molek kejadian.
.


aku dambakan hujung minggu yang indah seperti selalu.tapi katakan tidak lagi indah untuk hujung minggu yang mendatang.hectic weekend..yes very,very hectic.selamat tinggal mimpi yang indah.tiada lagi tidur yang lena.jadual yang terlalu padat sampai akhir bulan mei nie.menghitung hari.
.


bangun pagi pukol 6 keluar rumah pukol 8 pagi balik rumah semula pukul 8 malam.
.


tapi walaupun tersangat penat,terpaksa juga aku gagahkan diri untuk lipat kain yang terlalu banyak.kemas rumah.cuci bilik air.iron baju atok itupun banyak skip.sorry atok.haha.cuma on9 je dapat dijalankan seperti biasa dan tak ada istilah penat disini ya.hehe.
.


walaupun penat,aku tetap gembira dengan kehidupan sekarang.harapnya impian aku akan tercapai.
.






p/s : and the stars are brightening the night again :)




Khamis, 5 Mei 2011

hello may

assalamualaikum...


hello may :)


entry pertama untuk may.kekangan masa di akhir-akhir ini.segalanya di april hanya baik-baik sahaja.bila ada terasa hati dan kecewa dah jadi lumrah hidup so dah mampu nak hadapi dengan tenang even tersangat memenatkan minda untuk berfikir.
.


bulan baru semangat baru.tiap-tiap bulan pun akan cakap benda yang sama tapi hampeh je.jadinya aku harap may nie akan betul-betul memberi aku semangat yang membara.aku dah mula dapat apa yang aku cari selama nie.betul-betul bagi aku kepuasan.jalan nie yang aku pilih harapnya jalan nie adalah jalan yang terbaik dan ada sinar buat aku di hadapan sana kelak.aku gembira tika dan saat ini walaupun masih ada hati aku yang terguris terluka.aku nak campak jauh-jauh perasaan yang tak sepatutnya ganggu aku selama nie.
.






p/s : fly me to the moon and let me play among the stars




Selasa, 26 April 2011

lost world hotel

assalamualaikum...




currently at lost world hotel,sunway city,ipoh
testing for new hotel
sponsored by somebody :)
.


al-kisah kononnya percubaan untuk stuff yang kerja area sini dapat cuba try test hotel baru nie.include tiket masuk hot spring & spa.tapi nak jadikan cerita hari selasa tutup.makanya cuma tidur saja kami walhal rumah sekangkang kucing je kot dari hotel nie.
.




so continued tomorrow for hot spring & spa
.




 

the rose & the strawberry

assalamualaikum...





tq ratna for this lovely gift.
really love it.



advance personal enhancement academy workshop

assalamualaikum...


sabtu lepas join "advance personal enhancement academy workshop" by body shop.tersangat berbaloi.yuran cuma rm180 tapi macam-macam kelebihan ada di dalam rm180.
.




rm150 - redeem body shop skin care or make up
doorgift - blusher rm65
certificate
vanue - tower regency hotel + breakfast + lunch
teach by profesional make up artist


datang cuma bawak diri sahaja.yang lain semua dah disediakan.macam-macam yang dapat aku belajar dekat situ.dari tak tahu kepada tahu dan dari yang tahu kepada lebih tahu.memang berbaloi.secara tak lansung hilang stress aku.haha.dapat jumpa kawan-kawan baru.
.









p/s : born to be beautiful!!!