Rabu, 12 Jun 2019

Lima Hari Yang Indah

Assalamualaikum & Hello

Siti Humairah Raisya...

Seindah nama. Seindah rupa.

Pinjaman untuk lima hari. Lima hari yang sangat indah.

Ada jodoh, pasti kita akan bertemu kembali. InsyaAllah dapat duduk sama-sama nanti.

.
.
.
.
.
.
.
.




.
.
.
.
.
.
.
.


Engkau tiba bagaikan pelangi
tak bercahaya
namun kau berseri
tapi cukup menghiburkan hati ini

Seharian waktu bersamamu
tak terasa saat yang berlalu
bagai pelangi petang
kau kan pasti pergi jua…


Semoga Raisya dalam keadaan yang baik-baik sahaja dan sentiasa dalam lindungan Allah.

Semoga kita cepat bertemu lagi.

Terima kasih Tuhan untuk hari dan rasa yang indah ini.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

love,
Perempuan_Cantik

Khamis, 21 Februari 2019

2019

Assalamualaikum WBT & Hello...

Just a quick update.

Dah 2019 pun.

Menjalani hari-hari seperti biasa.
Masih bekerja.
Masih isteri kepada suami yang sama dan satu-satunya isteri si dia kahkahkah.
Masih hidup berdua. Moga ada rezeki daripada Allah nanti but kami. Tepat pada waktunya. He knows the best for me and husband.

Macam-macam nak cerita. Macam-macam nak cakap dalam nie. Tapi MALASSSS!!!

Rasa macam nak share tentang "TTC ( Trying To Conceive ) Journey" untuk dijadikan kenangan untuk masa akan datang supaya suatu hari nanti aku boleh cakap "aku pernah melalui saat itu, indah!! Tersangat indah".

Have been married almost 5 years. Another a month to go to 5th. Alhamdulillah untuk pengalaman indah sepanjang menjadi isteri yang tak semua orang dapat rasa tu. Aku bersyukur dan tersangat bersyukur.

Ada orang struggle dengan marriage life dia. Nikmat apa yang aku nak tidakkan lagi. Walaupun hidup berdua, Alhamdulillah cukup serba serbi Allah bagi nikmat itu.

Dapat suami yang baik tu anugerah yang tak ternilai jugak. Semoga yang masih struggled tu, semoga Allah limpahkan rahmat serta kekuatan untuk menghadapi ujian tu. Allah dah janji, kalua kita ingat Dia, ujian harinie untuk nikmat nanti. Allah janjikan Syurga. Itu pasti. Kau bagi lebih kau dapat.

Yang mana sekapal dengan aku, ketahuilah, nikmatnya perjalanan TTC tu. enjoy selagi berdua. Layanlah dulu anak kawan ke anak saudara ke. Teruskan usaha murni tu. Jangan mengalah. Selagi mana adanya Rahim, selagi itulah peluang kita cerah. Cuma lambat sikit dari yang lain.

Buat yang Allah dah kurniakan semuanya lengkap, doakan kami. Jangan cemuh kami sebab kekuatan kami adalah doa-doa dan kata-kata yang baik dari anda semua.

Semoga tahun baru nie dan hari-hari yang mendatang nie akan baik-baik sahaja.

Alhamdulillah, syukur untuk hari ini yang indah…

Love,
Perempuan_Cantik