Selasa, 27 November 2012

oh hidung

assalamualaikum & hello...

sob sob sob sedih dengan kondisi hidung sekarang. almost two weeks asyik merembes saja tapi yang peliknya bila sampai je Ipoh Cinta terus sihat walafiat. pelik dan musykil sekejap. hilang selsena
.

bila dah selsema nie buat apa pun jadi tak best. nasib la semalam dah berjuang siapkan semua kerja. so agak rilex la pagi nie. sambil tu melayan karenah hidung nie. kalau dilayankan mahu sekotak tisu habis. dugaan dugaan. syukur Alhamdulillah masih ringan lagi dugaan yang diberi.
.

p/s : Tuhan aku tahu banyak dosaku hanya ingatkan-Mu kala dukaku.

love, PEREMPUAN CANTIK <3

Published with Blogger-droid v2.0.9

Khamis, 22 November 2012

selamat pagi cinta

assalamualaikum & hello...

selamat pagi khamis
.
hari yang indah bersama harapan yang baru dan semangat yang baru jugak
.
wordless thursday ekeke
.

p/s : buang segala kisah yang duka.

love, PEREMPUAN CANTIK <3

Published with Blogger-droid v2.0.9

kisah ' love is sweet ' #3

assalamualaikum & hello...

menghitung hari detik demi detik. banyak benda yang tak buat lagi. oh stress. manakan kerja manakan kisah ini lagi. oh Tuhan tuntunlah hatiku.
.

terasa masa tersangatlah suntuk. untung masih ada yang menghulurkan tangan meringankan beban. oh terhutang budi.

love, PEREMPUAN CANTIK <3

Published with Blogger-droid v2.0.9

Jumaat, 16 November 2012

selamat pagi cinta

assalamualaikum & hello...

tara............
selamat pagi cinta.

love, PEREMPUAN CANTIK

Published with Blogger-droid v2.0.9

egg mayo sandwich

assalamualaikum & hello...

gigih sebelum tidur sediakan bahan-bahan untuk buat ' egg mayo sandwich ' pagi nanti. tiba-tiba perasaan nak makan sandwich membuak-buak.
.

p/s : selamat malam cinta-cinta

love, PEREMPUAN CANTIK <3

Published with Blogger-droid v2.0.9

Khamis, 15 November 2012

today updated

assalamualaikum & hello...

cuti hari ini hanya duduk dekat rumah parit buntar tak balik ipoh cinta pun alang-alang je kalau nak balik sebab jumaat kerja nak ambil cuti pun alang-alang jugak sebab sabtu nak pergi pangkor island pulak family day untuk company.
.

so hari ini tidur - tengok tv - baca buku - layan facebook - layan twitter - layan instagram + masak + basuh baju + lipat baju + kemas bilik.
.

tersangatlah bosan. housemate dua-dua pun cuti dan balik kampung masing-masing. nak keluar jalan-jalan pun tak tahu nak pergi mana. nak pergi cari ribbon untuk buat doorgift nanti pun malas. aish bila nak siapnya pun kalau malas selalu.
.

p/s : lemah longlai untuk meneruskan hari-hari mendatang di sini.

love, PEREMPUAN CANTIK <3

Published with Blogger-droid v2.0.9

salam maal hijrah 1434h

assalamualaikum & hello...

Salam Maal Hijrah 1434H.
.
semoga tahun yang berlalu diberkati-Nya serta hari yang mendatang juga diberkati dan sentiasa di bawah lindungan- Nya, Amin.
.

love, PEREMPUAN CANTIK <3

Published with Blogger-droid v2.0.9

Selasa, 13 November 2012

sepatu unguku

assalamualaikum & hello...

terkadang hati bertanya sendiri di mana letaknya salah dan silap?
.
oh terlalu lenahnya hati untuk terus bersabar dan menjadi kuat seperti selalu.
.
Alhamdulillah segala syukur hanya pada-Mu Ya Rabb.
.
kesakitan ini tidak akan berpanjangan.
.
pelangi indah tetap akan hadir walau seketika cuma.
.

p/s : bertabahlah duhai hati

love, PEREMPUAN CANTIK <3

Published with Blogger-droid v2.0.9

Ahad, 11 November 2012

kesakitan melanda

assalamualaikum & hello...

kurang sihat untuk hari nie
.
sakit tekak + batuk
.
nak naik demam dan suara semakin hilang
.
alhamdulillah, sakit itu kifarah dosa
.
so just stay at home and bed rest
.

p/s : sedih tak dapat attend big day kawan-kawan.

love, PEREMPUAN CANTIK <3

Published with Blogger-droid v2.0.9

Jumaat, 9 November 2012

basuh baju dan lipat baju, jommmm

assalamualaikum & hello...

sementara tengok anugerah skrin kita mendobi. oh sangat penat. tak lipat lagi kain yang lepas dah datang bebanan kain yang baru. aiyak pftt. so kepada sesiapa yang sedang mencari kerja sampingan, u all are Most Welcome.
.

busy dengan kerja macam nie la. thehehe gaya macam ada anak sepuluhkan.
.

nasiblah tuan rumah bekalkan mesin basuh kalau tak, entahlah. hahaha. dobilah jawapannya. ekeke.
.

p/s : pangkor island, here i come.

love, PEREMPUAN CANTIK <3

Published with Blogger-droid v2.0.9

weekend

assalamualaikum & hello...

weekend di Parit Buntar
.
layan anugerah skrin sahaja malam nie
.
Happy Weekend Guys
.

love, PEREMPUAN CANTIK <3

Published with Blogger-droid v2.0.9

oh masa

assalamualikum & hello...


terasa masa begitu cepat berlalu
terasa kematian jugak semakin dekat
takut, banyak kekurangan sana situ sini
Ya Allah, terimalah taubatku
.


love, PEREMPUAN CANTIK <3>

Khamis, 8 November 2012

bila sang-sang kekumbang menghurung sekuntum bunga

assalamualaikum & hello...


khamis yang agak bosan bila menjadi sekuntum bunga di pejabat.
dua kuntum lagi on their leave.
aish bosan.
even kerja agak banyak nak dibuat tapi still rasa lemau je.
fikir itu dan fikir ini.
tambah bila dah duduk seorang diri.
just imagine sekuntum bunga duduk dengan kumbang yang banyak yang macam-macam ragam pulak.
memang haru biru jadinya.
pantang buka mulut terus kena pangkah.
haha.
stress sekejap.
.

tapi apa-apa pun mereka tetap cool.
terbaik yaww.
kalau tak ada mereka itu dan mereka ini pasti sunyi sepi pejabat nie.
tutup telinga dan buat-buat cool sahaja dengan pangkahan mereka itu.
.


p/s : lapar :(



love, PEREMPUAN CANTIK <3>

Rabu, 7 November 2012

kisah ' love is sweet ' #2

assalamualaikum & hello...


by hook or by crook hari ini kene jugak survey cincin.
berapa lama je lagi pun.
aish dugaan hidup berjauhan.
apa-apapun semua kene sendiri.
sobsssssss :(
bos, lepaskanlah saya pindah Ipoh saya merayu nie.
.


p/s : terima kasih housemate sayang sudi menemani saya dan ingatkan saya hal ini.


love, PEREMPUAN CANTIK <3>

unplanned planning

assalamualaikum & hello...


semalam planning nak masak laksa atau meehun tomyam atau meehun sup daging.
tepat jam lima petang, finger out terus pergi kedai runcit nak beli stok untuk hidup seminggu dua nie.
hari pun macam nak hujan gelap je waktu tu.
tapi otak fikir macam-macam dah.
atas motor sempat fikir nak masak ke tak.
hilang pertimbangan sikit semalam.
at last corner jugak ke simpang menuju kedai runcit kalau tak masak pun just beli stok pun okey.
tapi bila dah sampai kedai tu dah tengok macam-macam ada mood masak-memasak datanglah.
tengah pilih-pilih barang semua guruh berdentum-dentam hati memang cuak la time tu sebab takut tengah bawak motor hujan turun dengan lebat dengan guruhnya lagi. kalau setakat hujan tak ada hal tapi guruh. aish seriau bila terkenang balik.
sebab dah fikir nak masak dan makan macam-macam semua bahan-bahan untuk masakan semua yang dirancang tu semua dibeli. haha.
tengah ralit pilih cari bahan basah bahan kering, rasa nak makan laksa membuak-buak.
tapi bahan tak cukup dekat kedai tu yang mana daun kesum dan bunga kanthan tak ada. tapi tetap nak buat jugak.
masa tu mula fikir dan monolog sendiri ' tak apa tak ada laksa boleh masak meehunsup tak jadi jugak meehunsup, meehun tomyam ada ' haa macam tu la seorang diri. sebab tu senang beli je semua bahan. dah ada senang tinggal rajin dengan tak rajin nak masak je.
huh masa tu hujan dah turun dengan jayanya.
siap bayar start motor gagah singgah lagi satu kedai runcit alang-alang dah basahkan.
pun tak ada jugak benda-benda yang nak tu.
at last ajak housemate pergi pasar tani after dia balik main badminton.
sementara tunggu dia datang ambil, aku sempatlah cuci semua bahan-bahan basah untuk buat laksa dan untuk simpan dalam freezer. yea la senang nanti nak masak terus guna tak payah cuci dah. jimat masakan.
elok-elok siap semua kerja, laksa pun dah siap rendam, kuah pun dah siap atas periuk tinggal nak tunggu daun kesum dan bunga kantan je lagi housemate pun balik untuk ambil aku pergi pasar tani.
dalam kereta dia cakap kawan dia ajak pergi makan-makan dekat juru. jam pun awal lagi so hanya KATAKAN YA sahaja lah.
tapi daun kesum dan bunga kanthan tak tinggal tetap beli jugak. haha.
mandi, siap-siap solat semua zasss tibalah di The Manhattan Fish Market.
thats call unplanned planning.
.

kisah laksa bersambung jugak pukul sepuluh malam++ after dining out yesterday.
.

kesimpulannya lunch nanti harus balik untuk makan laksa. ekeke :)
.



p/s : bila unplanned planning mesti jadi punya.



love, PEREMPUAN CANTIK <3>

Selasa, 6 November 2012

the mahanttan fish market

assalamualaikum & hello...

dinner for today yumm yumm

love, PEREMPUAN CANTIK <3

Published with Blogger-droid v2.0.9

Isnin, 5 November 2012

hati berkecamuk lagi

assalamualaikum & hello...


datang kerja dengan perasaan sedikit hampa. entah kenapa dua tiga menjak nie perasaan nak transfer semula ke daerah asal semakin membuak-buak. sering perasaan ini mengganggu hidup aku.
.

mungkin tempat asal adalah yang terbaik buat aku. jiwa aku bukan di sini lagi. aku sendiri tak tahu pengakhiran aku dekat sini. berhenti kerja? oh a big NO NO NO. cari kerja dekat Ipoh saja? tidak mungkin tidak mungkin. masakan aku nak tolak kerja yang tersedia sesuai dengan jiwa aku. umm mungkin persekiran yang mengganggu aku. pilih kerja baru sama seperti aku menempah kesusahan untuk diri aku sendiri yang mana aku harus adapt semula dengan environment baru, orang sekeliling yang jugak baru yang kita sendiri tak kenal hati budinya. tapi kalau aku tak berhijrah macam mana aku nak dapat pengalaman baru? macam mana pulak aku dapat memuaskan jiwa aku yang berkecamuk? i'm so depressed. ingat pesan mak jangan terlalu fikir. rezeki dah Allah tetapkan dekat sini. hargainya. ya mak, saya akan cuba untuk jadi kuat. Ya Allah, hilangkanlan perasaan yang tidak enak ini.
.


love, PEREMPUAN CANTIK <3>

Ahad, 4 November 2012

senyum tak perlu kata apa-apa

assalamualaikum & hello...

tersenyum dan teruslah tersenyum walau dalam terpaksa sekalipun :)

love, PEREMPUAN CANTIK <3

Published with Blogger-droid v2.0.9

Khamis, 1 November 2012

assalamualaikum & hello...


dan hujan pun mula turun membasahi bumi Tuhan sekali lagi untuk petang ini

betapa aku rindu kesayangan-kesayangan di sana

semoga baik-baik sahaja

.



love, PEREMPUAN CANTIK <3>

cooking with love

assalamualaikum & hello...


bila duduk rumah sendiri ( bukan rumah atas nama sendiri ) means sewa dengan kawan-kawan, rutin hidup pun memang berbeza. kalau dulu pergi dan balik kerja, kalau tak pergi sendiri mak yang hantar dan ambil. balik rumah terus buka tudung saji ambil pinggan cuci tangan tuang nasi tuang lauk terus ngap je. tak payah fikir harini nak masak apa makan apa. kalau rasa teringin nak makan apa-apa request je dekat mak. for sure balik kerja tersedia juadah yang diidamkan.
.

tapi sekarang dah lain. rutin ' terbiasa ' dengan keadaan itu sudah pun berubah. kalau sekarang pulak, belum pukul lima dah fikir nak makan dekat luar atau masak. kalau makam kat luar nak makan mana dan kalau masak nak masak apa pulak. ya setiap hari akan berlaku fenoma tong tang tong tang dekat otak untuk berfikir itu dan ini. dear brain i'm so so sorry for the heavy duty everyday.
.

kalau pilih untuk makan luar dah bosan sebab kedai yang sama je setiap hari. choice untuk makan dekat luar tersangatlah limited di sini. aku pulak bukan jenis simply nak makan kat luar yang tak kisah sedap atau tak. aku lebih fikirkan soal sedap dan bersih untuk sesuatu kedai. bayar mahal sikit tak apa asalkan bersih dan sedap. kalau murah nanti kedai tak bersih makanan dan masakan tak ada kualiti pun tak seronok jugakkan. bukan berlagak tapi ini adalah fakta. nak ke kamu semua makan sekat satu kedai yang mana kedai tu banyak lalat, kotor tepi longkang, pekerja pulak masak sambil merokok dan seumpamanya tetapi harga yang ditawarkan murah? disebabkan murah kita pergi jugak. oh kalau aku memang NO dari awal. itu belum fikir soal MSG pulak.
.

so untuk ambil langkah mudah, sekarang ni setiap hari aku akan masak dekat rumah kalau boleh. puas hati air tangan sendiri. bersih ke kotor ke kita yang tentukan sendiri. yang pasti ' pak aji ' memang tak ada lah kalau dekat kedai mesti ada punyakan. ( fikirlah kebaikan dan keburukan sendiri. peringatan untuk diri sendiri ) for sure we choose the best and clean one right. lagi pulak masak nie boleh bagi satu kepuasan yang aku sendiri tak tahu nak terjemahkan macam mana. pendek dan panjang kata memang tersangat puaslah. sedap atau tak, at least kita punya usaha sendiri. lagi pulak jimat sangat masak sendiri. satu kesenangan jugak bagi aku sebab aku cintakan dunia masakan. eceh hahaha. so kalau aku jumpa resepi baru pasti dengan semangat berkobar-kobarnya aku akan cuba jugak resepi itu.
.

al-kisah semalam : beberapa harini sharp five je mesti hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulillah anugerah Allah hujan nie. tapi bagi aku yang bermotosikal nie agak susah la sikit. tapi dalam kesusahan tu Allah dah sediakan idea yang sangat baik. tinggalkan motor di pejabat then tumpang housemate sayang balik rumah. nasiblah duduk dekat daerah yang punya keluasan tanah kecil berbanding kuala lumpur. so pejabat kami adalah sangat dekat. hujan seterusnya pulak seelok aku sampai rumah, mencurah-curahlah hujan turun. Syukur di situ lagi. aku tak basah kuyup. so sebelum balik sempatlah aku fikir nak masak apa. teringat lauk-lauk yang ada dalam freezer ting datang rasa nak makan kari ayam. sharp five terus finger out zasss ke kedai nak beli ubi kentang dan serbuk kari ayam. sebelum tu blogwalking satu blog nie tunjuk resepi simple cendawan goreng dan wedges. nah, teringat ada cendawan tiram dekat rumah. so beli tepung serbaguna dan ubi kentang lebih sikit sekali. sesampai rumah salin baju semua, dah lupa beli telur. hujan turun mencurah-curah. tak boleh nak keluar. so pendamkan hasrat nak makan cendawan goreng. sobsss. tong tang tong tang kat dapur maka terhasillah kari ayam with ubi kentang + sayur goreng + ikan kembung masin goreng + hot apple tea = sangat masyuk makan dalam keadaan hujan mencurah-curah seperti berada di paris pada musim sejuk.
.

dalam pukul lapan lebih hujan still tak berhenti tapi dah berkurang kalau dibanding tadinya gagahkan jugak keluar kedai pergi beli telur. sampai terpeleotlah depan kedai di khalayak ramai pulak tu. tapi tak malu sangat sebab kita tak kenal orang dekat situ. so cover cun sudah. dah beli telur semua balik tong tang tong tang maka terhasillah cendawan goreng tepung.
.

the end
.


p/s : siakap sweet sour + sotong masak kicap + sayur goreng menu untuk malam nie. ehehehe :)


love, PEREMPUAN CANTIK <3>