Jumaat, 9 Ogos 2013

yeay hari raya!!

assalamualaikum & hello...

selamat hari raya aidilfitri the readers silent readers
.

love, Perempuan Cantik ♡

Published with Blogger-droid v2.0.10

Rabu, 7 Ogos 2013

preparation oh preparation

assalamualaikum & hello...

wehuuu excited nak tunggu Syawal menjelma. insya Allah Syawal terakhir sebagai bujangan. so haruslah bersedia untuk beraya sepuas-puasnya hehe :)
.

kawan-kawan, masak sedap-sedap yea nantikan terjahan aku yeay!!
.

Alhamdulillah cuti 06 ogos - 13 ogos.
.

love, Perempuan Cantik

Published with Blogger-droid v2.0.10

ramadhan

assalamualaikum & hello...

pejam celik pejam celik Ramadhan kian melabuhkan tirainya insya Allah. sedih sebab Ramadhanlah banyak memberi aku pengajaran yang tidak ternilai harganya jika ditukar dengan wang. terbukti kemuliaannya bulan ini. masih adakah Ramadhan untuk aku tahun hadapan? Ya Allah temukanlah aku dengan Ramadhan lagi di masa akan datang.
.

mungkin Ramadhan kali ini Ramadhan terakhir buat aku sebagai bujang. ekeke. tapi amatlah bermakna kerana menyambut Ramadhan di sisi kesayangan-kesayangan. 24/7. yea 24/7. siang dan malam bersama mereka. tidak berpisah lagi seperti tahun dulu-dulu. jimat air mata tapi masih terasa rindu meraikan Ramadhan dengan ex-housemate dan ex-officemate di Parit Buntar.
.

p/s : mendoakan Ramadhan kali ini penuh keberkatan dan diterima segala amalan-amalan serta amal ibadah. Amin!

love, Perempuan Cantik

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jumaat, 2 Ogos 2013

oh kerja oh mata

assalamualaikum & hello...

02:30 am - 2nd August 2013,
masih tak tidur dan tak boleh nak lelapkan mata walhal penat dan of course mengantuk nak-nak pulak baru habis shift petang pukul 11 malam tadi.
.

since kerja shift sekarang nie masa tidur tersangatlah terganggu. tapi Alhamdulillah kesihatan baik-baik saja. pagi petang dan malam. aku sendiri pun tak boleh nak kawal waktu tidur diri sendiri. mana taknya kerja malam direct enam hari lepas tu cuti kemudian baru nak betulkan masa tidur dah masuk pagi atau petang pulak. dah tu baru nak bertambah okey tiba-tiba dah masuk malam semula. kesian jugak pada mata. nak pejam tapi otak kata jangan.
.

tapi masalah tidur ke masalah segala masalah yang datang sekali pun aku tetap bersyukur sebab dapat duduk bersama kesayangan-kesayangan sekelian. tak perlu nak homesick bagai. cuma sekarang perasaan rindu yang menebal pada kawan-kawan parit buntar. tapi tak apa janji wajah-wajah kesayangan ada depan mata. yeay!!

kenapa dekat parit buntar aku normal shift dan dekat ipoh aku shift?
( tak tanya pun aku tetap bagitahu )
sebabnya hospital parit buntar hospital daerah dan aset-aset pun tak banyak so maintenance dapat dilakukan dengan jayanya manakala hospital ipoh adalah hospital negeri dan aset-aset terlalu banyak untuk di-maintance-kan. kadang-kadang tak terkejar para technician nak me-maintance-kan aset-aset tersebut. wonder department aku sampai 10 orang yang bekerja sedangkan waktu aku dekat parit buntar aku terkial-kial seorang diri. majulah Faber untuk hospital. ekeke.

p/s : dengar lagu balik kampung tak ada rasa apa dah hehe.

love, Perempuan Cantik ♡

Published with Blogger-droid v2.0.10