Rabu, 8 Januari 2020

2020

Assalamualaikum & Hello...

2020

Semoga semua yang baik-baik, InsyaAllah.



Love,
Perempuan_Cantik

Rabu, 12 Jun 2019

Lima Hari Yang Indah

Assalamualaikum & Hello

Siti Humairah Raisya...

Seindah nama. Seindah rupa.

Pinjaman untuk lima hari. Lima hari yang sangat indah.

Ada jodoh, pasti kita akan bertemu kembali. InsyaAllah dapat duduk sama-sama nanti.

.
.
.
.
.
.
.
.




.
.
.
.
.
.
.
.


Engkau tiba bagaikan pelangi
tak bercahaya
namun kau berseri
tapi cukup menghiburkan hati ini

Seharian waktu bersamamu
tak terasa saat yang berlalu
bagai pelangi petang
kau kan pasti pergi jua…


Semoga Raisya dalam keadaan yang baik-baik sahaja dan sentiasa dalam lindungan Allah.

Semoga kita cepat bertemu lagi.

Terima kasih Tuhan untuk hari dan rasa yang indah ini.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

love,
Perempuan_Cantik

Khamis, 21 Februari 2019

2019

Assalamualaikum WBT & Hello...

Just a quick update.

Dah 2019 pun.

Menjalani hari-hari seperti biasa.
Masih bekerja.
Masih isteri kepada suami yang sama dan satu-satunya isteri si dia kahkahkah.
Masih hidup berdua. Moga ada rezeki daripada Allah nanti but kami. Tepat pada waktunya. He knows the best for me and husband.

Macam-macam nak cerita. Macam-macam nak cakap dalam nie. Tapi MALASSSS!!!

Rasa macam nak share tentang "TTC ( Trying To Conceive ) Journey" untuk dijadikan kenangan untuk masa akan datang supaya suatu hari nanti aku boleh cakap "aku pernah melalui saat itu, indah!! Tersangat indah".

Have been married almost 5 years. Another a month to go to 5th. Alhamdulillah untuk pengalaman indah sepanjang menjadi isteri yang tak semua orang dapat rasa tu. Aku bersyukur dan tersangat bersyukur.

Ada orang struggle dengan marriage life dia. Nikmat apa yang aku nak tidakkan lagi. Walaupun hidup berdua, Alhamdulillah cukup serba serbi Allah bagi nikmat itu.

Dapat suami yang baik tu anugerah yang tak ternilai jugak. Semoga yang masih struggled tu, semoga Allah limpahkan rahmat serta kekuatan untuk menghadapi ujian tu. Allah dah janji, kalua kita ingat Dia, ujian harinie untuk nikmat nanti. Allah janjikan Syurga. Itu pasti. Kau bagi lebih kau dapat.

Yang mana sekapal dengan aku, ketahuilah, nikmatnya perjalanan TTC tu. enjoy selagi berdua. Layanlah dulu anak kawan ke anak saudara ke. Teruskan usaha murni tu. Jangan mengalah. Selagi mana adanya Rahim, selagi itulah peluang kita cerah. Cuma lambat sikit dari yang lain.

Buat yang Allah dah kurniakan semuanya lengkap, doakan kami. Jangan cemuh kami sebab kekuatan kami adalah doa-doa dan kata-kata yang baik dari anda semua.

Semoga tahun baru nie dan hari-hari yang mendatang nie akan baik-baik sahaja.

Alhamdulillah, syukur untuk hari ini yang indah…

Love,
Perempuan_Cantik

Selasa, 13 Jun 2017

Quick Update

Assalamualaikum & Hello...

Setahun dah berlalu rupanya.
.

Nasib baik password masih dalam ingatan lagi kalau tak sepuluh tahun akan datang pun belum tentu dapat update nie. Kofkofkof.
.

Life? Ermm macam biasa je. Masih berdua. Nak bertiga berempat? Beyond my words. Huhu. Yakin suatu hari nanti Allah pasti akan bagi rasa nikmat menjadi seorang Mama. One fine day. Sekarang tumpang kasih sayang anak saudara dulu lah. LOL :)
.

Kerja? Masih bekerja dalam bidang yang sama. #ilovemyjob #myjobpaymeshopping kaedahnya. Hahaha. Bila nak pencen? Haa 32 tahun lagi. Sadis. Tengok geng-geng Makcik Pakcik dan pencen rasa tak sabar kat hati nak pencen juga. Nak duduk rumah nak rehat. Tapi bersyukurlah. Masih ada kerja tetap yang bukan semua orang diberi rezeki kerja nie.
.

Kesihatan? So far so good, Alhamdulillah syukur walaupun diduga dengan kesihatan yang tidak memberansangkan di awal tahun dulu. Allah yang maha mengetahui setiap sesuatu. Awal April aku dah dapat semula aku yang dulu. Rezeki yang Allah bagi berjumpa dengan orang yang betul-betul boleh memulihkan keadaan diri aku waktu itu. Itu pun rezeki yang tak ternilai buat aku. Bila mana kau hilang segala semangat dan rasa sangat down dan akhirnya ada pelangi selepas hujan. Ujian nie ujian yang bermakna buat aku. Biarlah ianya tersimpan sahaja dalam memori dan terus berdoa supaya tidak berulang.
.

Keluarga? Without them I am nothing. I love them deeply in my heart.
.

Kawan? Alhamdulillah masih di sisi.
.

Semoga yang baik-baik sepanjang hari dan hayat.
.

Love, Perempuan_Cantik <3 p="">

Ahad, 5 Jun 2016

Ramadhan Kareem 1437H / 2016

Assalamualaikum wbt dan Hello...


05 June 2016, Ahad.

Seperti yang semua tahu esok seluruh dunia akan menyambut kedatangan Ramadhan untuk 1437H / 2016.

Syukur Alhamdulillah untuk rezeki yang Allah beri kerana masih berkesempatan untuk sama-sama meraikan bulan yang penuh berkat, bulan Ramadhan. Bulan yang sangat-sangat dinantikan untuk sama-sama meraih fadhilatnya. Kiranya menokok apa yang kurang dan menambahkan lagi amalan.

Syukur Alhamdulillah kerana tahun nie merupakan tahun ketiga meraikan bulan Ramadhan sebagai husband and wife. But its hurt for us because we lost Atok last February and we cannot celebrate the Ramadhan together.

Ya Allah rindu yang tersangat-sangat rindu. Selamat berehat Atok dan Opah dari segala seksa kubur segala pertanyaan. Kami doakan Atok dan Opah sentiasa bersama golongan soleh dan solehah.

Sepi dan sunyi.

Semoga dengan kedatangan Ramadhan kali ini akan membuka pintu rezeki buat kami seluas-luasnya dari segi ekonomi, zuriat, kerja, persahabatan, ikatan kekeluargaan dan keutuhan rumah tangga.

Semoga juga penantian kami suami dan isteri akan berakhir dengan perkhabaran yang indah. Kami redha dengan apa yang Allah dah tuliskan buat kami. Semoga doa dan usaha kami bukan setakat ini tapi biarlah selamanya.

Happy Eid-Mubarak guys :)


love,
Perempuan_Cantik <3 p="">

Khamis, 14 April 2016

Totally Lost

assalamualaikum & hello...


Entry pertama untuk 2016.

I have been meaning to write but I am lost for wordssss.

:(



love,
perempuan_cantik <3 div="">

Khamis, 31 Disember 2015

Salam dan Hello...


First and last entry for 2015 hehehe.

Fuhh almost a year tinggalkan rumah nie kosong tanpa penghuni. Entah macam mana tiba-tiba rasa macam nak aktif semula ber-blog. Tapi ber-blog saja-saja bukan nak kejar nuffnang macam dulu-dulu tu.

Nak jadi tempat luahan perasaan, tempat share segala kenangan dan segala tentang diri sendiri, alam perkahwinan, keluarga dan sahabat, suka serta duka dan macam-macam lagi.

Bolehkah? Consider azam tahun baru la hehehe.

365 of 365 page, 2015 stories. So long 2015, welcome 2016.

1 of 366 page will be? Just wait and see.

Wishing only for a good one. All the sadness please go away.

Till then.....



love,
perempuan_cantik

Rabu, 16 Julai 2014

oh Tuhan....

Assalamualaikum & hello...

rasa ingin pergi jauh dari sini tapi ke manakah langkah kaki?
.

oh Tuhan, tuntunlah hati ini.
.

love, Perempuan_Cantik ♡

Selasa, 15 Julai 2014

my baby

Assalamualaikum & hello...


welcome home baby........


semangat nak ber-blogging kembali semula. Alhamdulillah impian nak benda nie tercapai jugak.
.


p/s: 4 julai 2014


love, Perempuan_Cantik <3

Isnin, 14 Julai 2014

aku dan blog....

Assalamualaikum & hello...

lamanya tak update blog comel ini. faktor umur barangkali. rindu nak update cerita itu ini nak ber-blogwalking tapi apakan daya. feeling tu tak ada.
.

rindu la haii Tuhan saja yang tahu.
.

dulu dekat sini suka duka tangis tawa aku tempekkan. marilah " jiwa " masuk ke dalam hatiku.
.

aiyooooo.
.

p/s: kemarilah wahai jiwa yang telah hilang.


love, Perempuan Cantik <3