Jumaat, 12 Oktober 2012

lain padang lain belalang

assalamualaikum & hello...


yeay Jumaat sudah. esok Sabtu kemudian Ahad lepas itu pulak Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan yeay balik Ipoh. suka suka suka.
.

betul kata pepatah lain padang lain belalang. macam tu jugak hidup nie. jangan sesekali rasa nak samakan suasana yang asalnya kalau kita berubah ke suasana yang lain. maknanya, kalau dulu kita di sana, jangan rasa kita nak sama jugak suasana di sana dengan suasana semasa kita dekat sini begitu jugak sebaliknya. faham? faham-faham sendirilah.
.

kadang-kadang hidup nie sangat indah kadang-kadang sangat sedih. tapi itu semua pelajaran. everday is a learning day. selagi kita berpaut pada paksi yang sama Insyaallah semua akan sempurna. ingat Allah dalam apa jua rasa yang kita rasa tak kira waktu gembira apatah lagi waktu sedih.
.

berkali-kali jugak aku ingatkan diri aku sendiri ' dah nampak apa terjadi dan akan terjadi kalau kita buat itukan? so jangan buat benda yang sama pada orang lain ' yea aku selalu bermonolog macam tu. sebagai peringatan buat diri aku sendiri. prinsip hidup aku senang, aku takkan buat benda yang aku tak suka pada orang lain. contoh aku tak suka orang gelakkan aku bila aku terjatuh so aku takkan gelakkan orang tu kalau dia terjatuh pulak. ok sangat mudah. what u give, u get back. eceh haha.
.

pesan aku dekat diri sendiri lagi, jangan nak samakan orang yang baru kita kenal enam bulan dengan yang dah kita kenal bertahun-tahun. sama jugak macam aku nak ambil masa untuk rapat atau faham orang tu so perasaan orang tu pada kita jugak sama dengan apa yang kita rasa.
.

pesan aku dekat diri sendiri lagi, selalulah jadi yang terbaik. sabar dalam setiap dugaan. doa tanpa henti. kalau kita tak suka orang tu doa semoga dia berubah. dan mungkin jugak orang tu pun tak suka dengan cara kitakan. sebab semua manusia tak perfect. sebelum kita nak salahkan orang, semak balik diri kita sendiri.
.

tapi aku tak nak jadi belalang nak jadi ladybird je. ' lain padang lain ladybird ' oh sumpah comel.
.


p/s : sekadar peringatan untuk diri sendiri.



love, PEREMPUAN CANTIK <3>

2 ulasan:

Jen Jen Areff berkata...

dah polo awak... hehehe.. thanks...
be happy.. keep smiling...

Puan Minmaya berkata...

hye hye tenkiu tenkiu..