Selasa, 30 Oktober 2012

kisah ' love is sweet ' #1

assalamualaikum & hello...


sudah mula bekerja setelah empat hari bercuti. penat beriang ria hari raya masih terasa. mata terlalulah rasa nak layu je tapi dengan kerja yang menimbun ditongkatkan jugak mata ni.
.

Alhamdulillah selesai jugak majlis yang ringkas tapi meriah. terima kasih untuk semua kaum keluarga yang menjayakan. tak lupa jugak kawan-kawan yang banyak beri support yang tak pernah henti. sumpah, terhutang budi rasanya. kepada yang mendoakan, Syukran Syukran. hanya Allah yang mengetahuinya. semoga kalian sentiasa jugak berada di dalam lindungannya.
.

still tak boleh nak menarik nafas lega lagi. masih banyak fasa yang menanti. memang betul, tak mudah yang disangkakan. nampak simple tapi hakikatnya tidak sama sekali. bukan setakat mental dan fizikal kene bersedia. kewangan jugak memainkan peranan yang sangat penting even benda itu kita nak buat simple.
.

so now, aku dah mula kena prepare segala macam hal. memang sesuatu yang tak terduga. bincang dengan dia lain tiba-tiba bila dah sampai harinya jauh tersasar dengan apa yang kami telah bincangkan sebelumnya means majlis yang seterusnya nak dipercepatkan lagi. aduh tersangat mencabar. dengan aku yang duduk jauh daripada family. mana nak fikirkan persiapan lagi, hantaran lagi dan segala macam hal lah. mak adalah kekuatan aku sekarang. dalam apa jua keadaan dialah yang ada di belakang , hadapan, tengah, kiri dan kanan aku. yes always. tak pernah kata tak dengan permintaan aku. Alhamdulillah.
.

hari pun semakin cepat berlalu. pejam celik pejam celik sampai ke waktunya. aku selalu berdoa agar segalanya berjalan lancar hingga ke akhirnya. perasaan berdebar-debar tu memang sentiasa dalam diri aku. nak tidur teringat benda nie apatah lagi bangun tidur. dalam tidur je tak teringat sebab tak tersenarai mimpi ngeri ini dalam wishlist mimpi-minpi indah aku. ekeke.
.

semalam sebelum balik tempat mencari rezeki, pergi Jakel sebab nak beli kain untuk buat baju. dekat sana je dah keluarkan duit hampir RM300. dah pergi tempah tapi tak tahulah berapa pulak kosnya. so, tahun depan punya baju raya tak payah fikir dah. pakai je apa yang ada nie. haha. jimat itu perlu.
.

lets start diet peeps
.


p/s : jangan tanya kenapa aku semakin kurus lepas nie sebab nak berjimat-cermat dan STRESS. haha :)


love, PEREMPUAN CANTIK <3>

5 ulasan:

Mimie Najib berkata...

saat tekanan tu dah dirasai sedikit demi sedikit kan..heehe..xpe, tu la cabaran terindah dlm hidup yng kita akn ingt smpai bila2.. :)

MIN MAYA berkata...

yes mimie..
sangat2 terasa taw..
seteresssss..

Mimie Najib berkata...

xpe..slow2 ye..awk punyai masa lebih kurang sebulan..kita haritu just 1week ok.. lg laaa seteres..hanya Allah je yng tahu..so, kmu pun boleh..

*eh, seteres2 tntng ni best tau..nanti dh selesai, leganya Allah je yng tahu*.. :)

MIN MAYA berkata...

yes mimie sangat lega sebab segala idea and whatsoever dtg dari kita sendiri.. hehehe..

Mimie Najib berkata...

ye..betul3..bila idea sndiri, terasa kepuasan itu.. :)