Rabu, 17 Oktober 2012

adakah hidup untuk mengalah pada yang tua?

assalamualaikum & hello...


minggu nie hati tersangatlah sensitif. jiwa kacau. cepat tersentuh dengan benda yang bila difikir-fikirkan semula tersangatlah remeh. tapi tidak bagi aku yang mempunyai hati yang cepat tersentuh nie. ianya kadang-kadang memang mendatangkan geram dan marah.

dah terlalu lama aku mendiamkan diri dan bersabar. aku cekalkan hati untuk tempuh semuanya. sebab aku dekat sini tak ada siapa-siapa yang nak dipinjam bahu untuk aku tumpang bersandar dan menangis. aku penat. tersangat penat nak ikut rentak orang.

memang dalam hidup sebagai yang muda perlu mengalah dengan yang tua ye?

nak buat apa-apa aku akan fikir sehabis-habisnya supaya orang tak terasa dengan apa yang aku buat tapi orang pernah tak fikir untuk jaga hati kita? aku tak kisah kamu nak macam mana sekalipun. tapi please, fikir dulu sebelum kamu mula menutur kata. aku punya hati jugak seperti kamu yang akan terasa dengan orang sekeliling kamu cakap. yes memang aku comel macam anak patung ( pujuk hati sendiri ) tapi hati aku hati manusia bukan hati anak patung yang tak bernyawa.

memang aku pun tak perfect tapi aku cuba jadi terbaik di kalangan orang-orang yang mendampingi aku.

aku sedaya upaya ikut kehendak dan kemahuan kamu tapi sekali sekala memang aku berkeras. bukan saja aku nak berkeras tapi kehendak dan kemahuan aku pun mesti jugak aku tunaikan. tak tergamak aku tengok kehendak dan kemahuan kau menari bergembira bila kehendak dan kemahuan aku terpaksa mengalah. cukuplah. cukup aku dah penat. cukuplah aku bersedih sebab berjauhan dengan keluarga aku dengan orang-orang yang aku sayang dan aku tak nak bersedih bila jauh dengan kamu pulak walaupun kita tersangat dekat.

kau suruh aku buat itu aku buat itu, kau suruh aku buat ini aku buat ini. padahal dalam hati aku menangis Tuhan saja yang tahu. aku bersyukur sangat-sangat sebab Tuhan bagi aku kekuatan di saat aku rasa nak tersungkur. syukur jugak sebab Tuhan bagi aku ketabahan dalam aku menghadapi hari-hari aku tanpa orang yang aku sayang. aku jugak tersangatlah bersyukur kerana Tuhan sayangkan aku sebab tu Tuhan bagi aku musibah nie.

syukur pada-Mu Ya Rabbi. sesungguhnya Kau tak pernah lalaikan aku dalam kemewahan nikmat yang telah Kau beri pada aku setiap hari. Kau datangkan musibah disebalik nikmat dan dengan itu aku takkan buat perkara yang sama pada mereka-mereka. thankyou Allah. Kau jauhkan aku dengan orang-orang yang aku sayang agar aku kenal erti indahnya rindu ini. tapi yang Kau jauhkan hanyalah jarak sahaja tidak kau jauhkan hati-hati kami. buktinya kasih sayang mereka terhadap aku tak pernah putus begitu juga aku. setiap hari dapat aku rasakan nikmat itu. Kau lindungilah mereka yang aku sayang dari segala bencana, wabak penyakit berjangkit. dan kau semaikanlah kasih sayang antara kami yang tiada nokhtahnya. Kau harumuilah ia dan suburilah ia dengan baja kasih sayang-Mu jua Ya Allah. rahmat-Mu adalah anugerah buat kami yang terlalu indah. Alhamdulillah.

kesimpulannya, sebagai yang muda mengalahlah. semoga Allah bukakan pintu hati yang tua supaya fikir jugak pada yang muda. sesungguhnya hidup adalah memberi. memberi pertolongan, memberi galakan, memberi kasih sayang dan sebagainya. tak kira tua tak kira muda hidup memang untuk memberi. what u give u get it back. sooner or later, just wait and see. ' sabar itu indah pada waktu dan ketikanya '.


p/s : tenang sudah jiwa yang serabut ini. Alhamdulillah.


love, PEREMPUAN CANTIK <3>

Tiada ulasan: