Isnin, 15 Oktober 2012

untukmu, sahabat dunia serta sahabat akirat

assalamualaikum & hello...


sahabat,
maafkan aku kerana mendiamkan diri beberapa ketika.
aku memilih jalan ini agar hati aku tak sakit lagi.
aku juga memilih jalan ini supaya hati aku pulih seperti sedia kala.
tapi hati ini terlalu sakit dengan kata-kata itu.
mana mungkin aku dapat meredakan kesakitan itu buat ketika dan saat ini.

sahabat,
menjauhkan diri daripada kamu bukan bermakna aku tak sayang, aku tak endah.
tapi biarlah masa yang menentukan.
aku selalu berdoa disetiap waktu agar kamu berubah.
demi kebaikan kita semua.

sahabat,
memang tak dinafikan kamu adalah yang terbaik dan yang terindah yang pernah Allah utuskan untuk aku.
kamu ada di setiap masa-masa aku.
disetiap aku menangis disetiap aku gembira.
kita saling tak tumpah seperti isi dengan kuku.
tapi, disebabkan perkataan itu, hancur seluruh jiwa aku.

sahabat,
aku pujuk hati aku supaya lupakan dan maafkan semuanya.
tapi aku tak mampu untuk melupakannya.
maafkan aku.

sahabat,
apalah adanya aku, jika menolak takdir Tuhan yang telah menetapkan segalanya.
jika itu pilihan aku, doakan semuanya merestui.
doakan semuanya sempurna hingga akhirnya.

sahabat,
ketahuilah, dalam aku menghadapi saat ini, aku hanya berharap agar kamu jadi pedamping setia aku bukan menjatuhkan aku.
sebagai sahabat juga, doamu amat aku harapkan.
doakan agar aku bahagia.

sahabat,
maafkan aku sekali lagi.
maafkan andai hatimu terluka saat ini kerana aku membiarkanmu.
ketahuilah bahawa saat ini aku juga sedang berjuang untuk memulihkan keadaan.
berikan aku masa, sahabatku.


istemewa untukmu, sahabat duniaku serta akhiratku.



love, PEREMPUAN CANTIK <3>

Tiada ulasan: