Memaparkan catatan dengan label love is cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label love is cinta. Papar semua catatan

Khamis, 20 Disember 2012

...........

assalamualaikum & hello...

love is always sweet :)

love, PEREMPUAN CANTIK <3

Published with Blogger-droid v2.0.9

Khamis, 22 November 2012

kisah ' love is sweet ' #3

assalamualaikum & hello...

menghitung hari detik demi detik. banyak benda yang tak buat lagi. oh stress. manakan kerja manakan kisah ini lagi. oh Tuhan tuntunlah hatiku.
.

terasa masa tersangatlah suntuk. untung masih ada yang menghulurkan tangan meringankan beban. oh terhutang budi.

love, PEREMPUAN CANTIK <3

Published with Blogger-droid v2.0.9

Selasa, 30 Oktober 2012

kisah ' love is sweet ' #1

assalamualaikum & hello...


sudah mula bekerja setelah empat hari bercuti. penat beriang ria hari raya masih terasa. mata terlalulah rasa nak layu je tapi dengan kerja yang menimbun ditongkatkan jugak mata ni.
.

Alhamdulillah selesai jugak majlis yang ringkas tapi meriah. terima kasih untuk semua kaum keluarga yang menjayakan. tak lupa jugak kawan-kawan yang banyak beri support yang tak pernah henti. sumpah, terhutang budi rasanya. kepada yang mendoakan, Syukran Syukran. hanya Allah yang mengetahuinya. semoga kalian sentiasa jugak berada di dalam lindungannya.
.

still tak boleh nak menarik nafas lega lagi. masih banyak fasa yang menanti. memang betul, tak mudah yang disangkakan. nampak simple tapi hakikatnya tidak sama sekali. bukan setakat mental dan fizikal kene bersedia. kewangan jugak memainkan peranan yang sangat penting even benda itu kita nak buat simple.
.

so now, aku dah mula kena prepare segala macam hal. memang sesuatu yang tak terduga. bincang dengan dia lain tiba-tiba bila dah sampai harinya jauh tersasar dengan apa yang kami telah bincangkan sebelumnya means majlis yang seterusnya nak dipercepatkan lagi. aduh tersangat mencabar. dengan aku yang duduk jauh daripada family. mana nak fikirkan persiapan lagi, hantaran lagi dan segala macam hal lah. mak adalah kekuatan aku sekarang. dalam apa jua keadaan dialah yang ada di belakang , hadapan, tengah, kiri dan kanan aku. yes always. tak pernah kata tak dengan permintaan aku. Alhamdulillah.
.

hari pun semakin cepat berlalu. pejam celik pejam celik sampai ke waktunya. aku selalu berdoa agar segalanya berjalan lancar hingga ke akhirnya. perasaan berdebar-debar tu memang sentiasa dalam diri aku. nak tidur teringat benda nie apatah lagi bangun tidur. dalam tidur je tak teringat sebab tak tersenarai mimpi ngeri ini dalam wishlist mimpi-minpi indah aku. ekeke.
.

semalam sebelum balik tempat mencari rezeki, pergi Jakel sebab nak beli kain untuk buat baju. dekat sana je dah keluarkan duit hampir RM300. dah pergi tempah tapi tak tahulah berapa pulak kosnya. so, tahun depan punya baju raya tak payah fikir dah. pakai je apa yang ada nie. haha. jimat itu perlu.
.

lets start diet peeps
.


p/s : jangan tanya kenapa aku semakin kurus lepas nie sebab nak berjimat-cermat dan STRESS. haha :)


love, PEREMPUAN CANTIK <3>

Isnin, 29 Oktober 2012

berakhir fasa pertama

assalamualaikum & hello...

Alhamdulillah selesai sudah fasa pertama

love, PEREMPUAN CANTIK <3

Published with Blogger-droid v2.0.9

Selasa, 23 Oktober 2012

<3

assalamualaikum & hello...

cinta bukan hanya di mata

cinta hadir di dalam jiwa

biarlah salah di mata mereka

biar perbezaan terlihat antara kita

p/s : menghitung hari lagi :)

love, PEREMPUAN CANTIK <3

Published with Blogger-droid v2.0.9

Selasa, 16 Oktober 2012

start counting the days

assalamualaikum & hello...


selamat hari selasa semua.
dah mula menghitung hari bila ' benda ' itu ada depan mata.
kalau tak ada benda tu still maintain cool tapi bila dah ada rasa macam nak tolong jarum jam tu berputar ekeke.
harapnya nie keputusan yang terbaik.
semoga perjalanannya sentiasa diredhai dan diberkati-Nya selalu Amin.
.

lets start counting the days <3 style="text-align: center;">


p/s : terasa macam banyak benda kena buat. harus mula buat list supaya tak jadi kelam kelibut.


love, PEREMPUAN CANTIK <3>

Isnin, 15 Oktober 2012

flora cinta <3

assalamualaikum & hello...

setelah hujan pun berhenti
flora cintaku pun bersemi
menjadi pepohon wangian cinta selama-lama
.

andai ada jodoh kita
tak akan ke mana-mana
pastikan sempurna harapan bersama
.

love, PEREMPUAN CANTIK <3

Published with Blogger-droid v2.0.9

Rabu, 15 Ogos 2012

sleepy vs nak kahwin jugak jugak

assalamualaikum & hello...


penangan tidur lewat beberapa hari nie so ' hamek kau ' tersengguk-sengguk buat kerja tadi ngantuk yang tahap tak terkata punya. yawning all the time. aishh. gara-gara pillow talk with dearie housemate. pukul satu lebih baru nak tidur. pukul lima dah bangun semula untuk bersahur. lepas tu sambung tidur. pukul enam setengah baru nak bangun mandi solat siap pergi kerja. pukul enam empat puluh lima baru nak solat. kadang-kadang solat dulu baru mandi. apa nak jadi entahlah. solat di akhir waktu. insaflah diri.
.

kisah semalam jugak sibuk ber-blogwalking dekat satu famous amos blog nie pasal perkahwinan beliau yang sangat indah. simple dan sweet ala-ala fairy tale. at last buat kami tak keruan nak kahwin jugak. tergedik-gedik rasanya nak kahwin. aku siap suruh housemate study video tu betul-betul dan teliti cara-cara gubah bunga apa semua supaya nanti aku kahwin dia boleh jadi wedding planner aku. motif? supaya aku tak payah bayar apa-apa khidmat planner. jimat dah dekat situ. hahaha. sebab housemate cakap dia mana tahu nak buat benda tu semua so dari situ dah boleh minta consultant free. nanti yang berpengalaman jenuh nak bayarkan.
.

tapi siriously selepas tengok video dan cerita-cerita beliau memang rasa nak kahwin tu sampai sekarang ada tak hilang. kekeke. suka suka suka. hilang mengantuk jadinya. bilakah harinya untuk aku? kekeke
.


p/s : nak kahwin nak kahwin yeay :)



love, PEREMPUAN CANTIK <3>

:)

assalamualaikum & hello...


dapatkah selamanya kita bersama
menyatukan perasaan
kau dan aku
<3>


p/s : jauh cuma jarak hati sentiasa dekat. rindu kamu selalu.



love, PEREMPUAN CANTIK <3>