Isnin, 13 Ogos 2012

entry merepek ayam hari ini

assalamualaikum & hello...


hai hai hai cantik-cantik dan kacak-kacak. hari yang penuh dengan semangat sebab baru sampai daripada ipoh pagi tadikan. haruslah bahagia setelah kasih sayang di-topup-kan. tambah pulak lagi berapa hari je nak duduk sini lepas tu balik semula then RAYA. ( yang nie yea memang tak ' sabo-sabo doh ' ). cuba tengok minggu-minggu lepas raya yang mana sabtu kena kerja haa mahu meroyan tahap gaban punyalah. waktu tu baru tahu once for twice week baru boleh balik kampung. minggu puasa yea lah tiap-tiap minggu boleh balik siap dapat cuti free untuk hari sabtu lagi. thankyou FMS. suka suka suka. tapi lagi suka kalau transfer-kan saya balik ipoh semula.
.

esok genap tiga bulan merantau di daerah orang. lambatnya masa berjalan. rasanya macam dah lama sangat duduk dekat sini tapi kenapa baru nak masuk tiga bulan je. musykil kejap aku dekat situ. bukan aku je yang rasa tapi beberapa orang-orang sekeliling aku turut rasa apa yang aku rasa ( bila rasaku ini rasamu ). kadang-kadang orang cakap kalau kita suka sesuatu benda tu akan rasa sekejap je masa berlalu. tapi kalau kita tak suka masa berlalu dan berputar tersangatlah lambat. persoalannya, tak suka ke aku dekat tempat ni? memang aku tak suka sebab jauh dari keluarga. tapi tak ada lah terlampau tak suka sangat. tak ada lah sampai tahap mengeji lagi. aiyaiyai perasaan apakah ini? hahaha.
.

hari raya makin menjelang tiba tinggal beberapa hari je lagi. sana sini lagu raya berkumandang. ringtone handphone orang kebanyakannya dah bertukar lagu rayalah. termasuk jugak aku nie ha. radio apatah lagikan. kerap dengan lagu rayanya. tapi aku lebih obses download lagu yang bukan lagu raya. kekeke. macam mana tu aku pun tak tahu. nak ikutkan aku lah yang paling teruja nak tunggu raya nie. oh mungkin keterujaan untuk raya bukan datang daripada lagukan.
.

tiba-tiba rasa macam nak makan sizling mee berbuka nanti tapi nak nasi tomato jugak. tapi kenalah pilih salah satu mana boleh nak masuk sekali harung. sizling mee bahan-bahan dah ada kat rumah tapi kemalasan lebih tinggi tahapnya dengan kerajinan. nasi tomato pulak kene pergi pasar ramadhan. tapi panas cuacanya tak larat nak pergi. macam mana yea? umm tak mampu nak berfikir sekarang.
.

okey, need to go. ada kerja menanti.
.


p/s : welcome to the hotel CALIFORNIA lalala :)



love, PEREMPUAN CANTIK <3>

Tiada ulasan: