Selasa, 7 Disember 2010

081209-081210

assalamualaikum...


 genap setahun pemergian dirimu.masih terasa kehangatan,kelembutan belaian kasih sayangmu.masih terngiang nasihatmu,gelak tawa sendamu.sehingga kini masih aku mengharap kehadiranmu namun ku pasti kau takkan kembali walau kesekian kalinya kerana itu qadak dan qadarmu.aku akur.


aku rindu segala-galanya.kalau aku tahu itu hari terakhirmu bersamaku,takkan kutinggalkan dirimu.setiap masa,detik,saat dan ketika ingin aku selalu disampingmu mendampingi dirimu.


masih teringat kisah dulu,aku hanya melihatmu buat kali terakhir hanya di telephone.yang aku lihat hanya dikau mengerang kesakitan.hati aku luluh.


aku pulang hari ini untuk menjagamu tapi hampa,kepulanganku disambut dengan tubuhmu yang kaku.sekali lagi hati aku luluh hancur berkecai.aku redha.kerana dirimu milikNYA.



 opah....
semoga tenang dialam sana
ditempatkan disisi insan-insan yang beriman dan beramal soleh
AL-FATIHAH


Tiada ulasan: