Rabu, 7 November 2012

unplanned planning

assalamualaikum & hello...


semalam planning nak masak laksa atau meehun tomyam atau meehun sup daging.
tepat jam lima petang, finger out terus pergi kedai runcit nak beli stok untuk hidup seminggu dua nie.
hari pun macam nak hujan gelap je waktu tu.
tapi otak fikir macam-macam dah.
atas motor sempat fikir nak masak ke tak.
hilang pertimbangan sikit semalam.
at last corner jugak ke simpang menuju kedai runcit kalau tak masak pun just beli stok pun okey.
tapi bila dah sampai kedai tu dah tengok macam-macam ada mood masak-memasak datanglah.
tengah pilih-pilih barang semua guruh berdentum-dentam hati memang cuak la time tu sebab takut tengah bawak motor hujan turun dengan lebat dengan guruhnya lagi. kalau setakat hujan tak ada hal tapi guruh. aish seriau bila terkenang balik.
sebab dah fikir nak masak dan makan macam-macam semua bahan-bahan untuk masakan semua yang dirancang tu semua dibeli. haha.
tengah ralit pilih cari bahan basah bahan kering, rasa nak makan laksa membuak-buak.
tapi bahan tak cukup dekat kedai tu yang mana daun kesum dan bunga kanthan tak ada. tapi tetap nak buat jugak.
masa tu mula fikir dan monolog sendiri ' tak apa tak ada laksa boleh masak meehunsup tak jadi jugak meehunsup, meehun tomyam ada ' haa macam tu la seorang diri. sebab tu senang beli je semua bahan. dah ada senang tinggal rajin dengan tak rajin nak masak je.
huh masa tu hujan dah turun dengan jayanya.
siap bayar start motor gagah singgah lagi satu kedai runcit alang-alang dah basahkan.
pun tak ada jugak benda-benda yang nak tu.
at last ajak housemate pergi pasar tani after dia balik main badminton.
sementara tunggu dia datang ambil, aku sempatlah cuci semua bahan-bahan basah untuk buat laksa dan untuk simpan dalam freezer. yea la senang nanti nak masak terus guna tak payah cuci dah. jimat masakan.
elok-elok siap semua kerja, laksa pun dah siap rendam, kuah pun dah siap atas periuk tinggal nak tunggu daun kesum dan bunga kantan je lagi housemate pun balik untuk ambil aku pergi pasar tani.
dalam kereta dia cakap kawan dia ajak pergi makan-makan dekat juru. jam pun awal lagi so hanya KATAKAN YA sahaja lah.
tapi daun kesum dan bunga kanthan tak tinggal tetap beli jugak. haha.
mandi, siap-siap solat semua zasss tibalah di The Manhattan Fish Market.
thats call unplanned planning.
.

kisah laksa bersambung jugak pukul sepuluh malam++ after dining out yesterday.
.

kesimpulannya lunch nanti harus balik untuk makan laksa. ekeke :)
.



p/s : bila unplanned planning mesti jadi punya.



love, PEREMPUAN CANTIK <3>

Tiada ulasan: