Rabu, 12 September 2012

pre-raya D.I.Y Faber Medi-Serve Hospital Parit Buntar, Perak

assalamualaikum & hello...


salam rabu untuk si cantik manis dan si kacak tampan.
semoga baik-baik sahaja dan sentiasa dalam lindungan-Nya amin.
.

hari yang agak busy. esok ada jamuan raya dekat office nie. selagi raya belum habis, jamuan raya sana dan sini. perut jangan katalah macam-macam rasa ada. jimat pun jimat makan free kekeke. jamuan raya untuk office nie semuanya pun adalah gotong-royong. penjimatan bajet katanya. jadinya saya juga akan menyibukkan diri sedikit sebanyak. hahaha. so harini pergi office memang sangat sempoi. t-shirt + jeans + selipar ( selipar nie memang hari-hari la aku pakai. baru selesa. wedges just buat spare je. if ada orang tegur kita sarung je. bijak tak saya? kekeke ). actually pakai macam ni memang super duper best. selesa. ikut hati nak pakai ' t-shirt bodo ' je hari-hari. tapi rasa macam tak best pulak. karang tak pasal-pasal kene warning letter pulak.
.

after lunch nanti bermulalah aktiviti gotong royong kami mungkin sampai lewat malam. haruslah kami yang wanita-wanita ini kene mengerah tenaga almaklumlah hanya empat orang bunga je yang ada di-office nie. ada jugak menu lemang dan lemang adalah dibakar dan dimasak sendiri dengan berlaukkan rendang ayam sebanyak tiga puluh dua ekor dengar khabarnya. dan aku pulak ditugaskan untuk buat puding laici. entah apa rasanya sebab tak pernah buat dalam kuantiti banyak. jangan puding laici rasa puding oren dah. selain itu ada meehun dan mee tomyam. yang ini memang sangat aku suka. tomyam. hehehe. then esok kuew teow kerang panas-panas means masak sepinggan-sepinggan macam kat kedai tu. so malam nie cuma sediakan barang je esok mudah untuk masak. bayangkan aktiviti kopek kerang dan buang kulit udang. ohh my kuku.
.

bila ada aktiviti gotong-royong nie best. baru nampak semangat kerjasama di situ. selain dapat mengeratkan lagi silaturrahim. first time dalam hidup aku ( alam pekerjaan ) untuk aktiviti macamnie. dulu dekat Hospital Ipoh semua pun order dan tunjuk sahaja. cuma lemang je buat sendiri same goes here jugak lah lemang adalah home made. untuk penjimatan kos so semua pun buat sendiri. bayangkan untuk makan satu hospital. tak ter-bajet kalau main order je lepas tu vendor-vendor lagi. tapi kalau masak sendiri haruslah dipenuhi dengan kasih dan sayangkan. tu yang penting.
.

lagi dua hari nak balik Ipoh. tak sabar nak jumpa kesayangan-kesayangan sekelian. haruslah aku dengan pnatas dan cergas menyiapkan kerja supaya cuti aku akan tenang. quality time with family and him. lagi cuak mungkin mummy beliau akan ikut mummy saya saya sekali untuk ambil saya jumaat nie. dan beliau dah berpesan jangan nak tanya macam-macam. eh lagi cakap macam tu lagi la nak tanya. eh dan lari tajuk pulak. till then.
.


p/s : puding laici oh puding laici.



love, PEREMPUAN CANTIK <3>

Tiada ulasan: