Assalamualaikum & Hello...
Setahun dah berlalu rupanya.
.
Nasib baik password masih dalam ingatan lagi kalau tak sepuluh tahun akan datang pun belum tentu dapat update nie. Kofkofkof.
.
Life? Ermm macam biasa je. Masih berdua. Nak bertiga berempat? Beyond my words. Huhu. Yakin suatu hari nanti Allah pasti akan bagi rasa nikmat menjadi seorang Mama. One fine day. Sekarang tumpang kasih sayang anak saudara dulu lah. LOL :)
.
Kerja? Masih bekerja dalam bidang yang sama. #ilovemyjob #myjobpaymeshopping kaedahnya. Hahaha. Bila nak pencen? Haa 32 tahun lagi. Sadis. Tengok geng-geng Makcik Pakcik dan pencen rasa tak sabar kat hati nak pencen juga. Nak duduk rumah nak rehat. Tapi bersyukurlah. Masih ada kerja tetap yang bukan semua orang diberi rezeki kerja nie.
.
Kesihatan? So far so good, Alhamdulillah syukur walaupun diduga dengan kesihatan yang tidak memberansangkan di awal tahun dulu. Allah yang maha mengetahui setiap sesuatu. Awal April aku dah dapat semula aku yang dulu. Rezeki yang Allah bagi berjumpa dengan orang yang betul-betul boleh memulihkan keadaan diri aku waktu itu. Itu pun rezeki yang tak ternilai buat aku. Bila mana kau hilang segala semangat dan rasa sangat down dan akhirnya ada pelangi selepas hujan. Ujian nie ujian yang bermakna buat aku. Biarlah ianya tersimpan sahaja dalam memori dan terus berdoa supaya tidak berulang.
.
Keluarga? Without them I am nothing. I love them deeply in my heart.
.
Kawan? Alhamdulillah masih di sisi.
.
Semoga yang baik-baik sepanjang hari dan hayat.
.
Love, Perempuan_Cantik <3 p="">
3>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan