assalamualaikum & hello...
-entry basi-
untuk hantaran aku memang pilih sesuatu yang nampak simple dan harga yang berpatutan. janji sedap mata memandang dah okey bagi aku. dan pilihan aku haruslah ada polka dot kan. warna tema memang aku tak rancang. main ikut dan je mata memandang dan hati berkenan waktu dekat kedai tu. so purple menjadi pilihan kalbu.
.
Alhamdulillah aku tak perlu fikir untuk angkut semua benda-benda nie ke Parit Buntar sebab Allah dah kurniakan aku seorang insan iaitu ex-officemate yang sudi meringankan beban aku dengan membantu aku untuk buat kesemua kotak nie. sangat terhutang budi. dari awal preparation sehingga ke kemuncak majlis beliau sentiasa ada dengan aku. Syukur dikurniakan kawan macam nie.
.
kos untuk semua kotak-kotak nie, RM160.00 untuk 20 buah kotak ( include renda, reben, bunga, gam) dan renda polkadot purple tu masih ada balance. ( balance boleh buat renda untuk sarung bantal baby nanti ekeke ). isi-isi kotak memang aku tak sediakan sebab keluarga dan kawan-kawan aku yang baik hati sudi hadiahkan pada aku. okey dah jimat jugak di situ.
.
even majlis dah berlalu tahun lepas ( sebulan yang lalu ) aku aku tetap nak tempek kisah-kisah kemuncak majlis.
.
akibat kekangan masa, makanya memang tak sempatlah nak fokus dengan ini blog.
.
Alhamdulillah preparation berjalan dengan lancar dari awal sehingga akhir walaupun ada terkurang sikit-sikit tapi masih nampak indah di hati aku. haha. syukur jugak aku dikurniakan keluarga dan kawan-kawan yang sangat concern. sampai kadang-kadang aku tak perlu fikir ke tahap stress untuk buat apa, what to do next etc etc. tapi mak dan papa memang sentiasa ada dengan aku tak kira masa dan apa jua keadaan. without them, me is zero and nothing.
.
p/s : Syukur Ya Rabb :)
love, PEREMPUAN CANTIK <3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan