Selasa, 26 April 2011

lost world hotel

assalamualaikum...




currently at lost world hotel,sunway city,ipoh
testing for new hotel
sponsored by somebody :)
.


al-kisah kononnya percubaan untuk stuff yang kerja area sini dapat cuba try test hotel baru nie.include tiket masuk hot spring & spa.tapi nak jadikan cerita hari selasa tutup.makanya cuma tidur saja kami walhal rumah sekangkang kucing je kot dari hotel nie.
.




so continued tomorrow for hot spring & spa
.




 

the rose & the strawberry

assalamualaikum...





tq ratna for this lovely gift.
really love it.



advance personal enhancement academy workshop

assalamualaikum...


sabtu lepas join "advance personal enhancement academy workshop" by body shop.tersangat berbaloi.yuran cuma rm180 tapi macam-macam kelebihan ada di dalam rm180.
.




rm150 - redeem body shop skin care or make up
doorgift - blusher rm65
certificate
vanue - tower regency hotel + breakfast + lunch
teach by profesional make up artist


datang cuma bawak diri sahaja.yang lain semua dah disediakan.macam-macam yang dapat aku belajar dekat situ.dari tak tahu kepada tahu dan dari yang tahu kepada lebih tahu.memang berbaloi.secara tak lansung hilang stress aku.haha.dapat jumpa kawan-kawan baru.
.









p/s : born to be beautiful!!!




Rabu, 13 April 2011

kami bertemu lagi

assalamualaikum...


tarikh : 12 april 2011
lokasi : jusco,ipoh

kami bertemu lagi disini buat kesekian kalinya.aku dan ratna bersama diyana.kalau dulu semasa bertemu denagn diyana jadi pacaran orang.kemudian tunangan orang dan sekarang isteri orang.and,and maybe next time as mother of the chumilicious baby.hope so.we have a good dating yesterday.really love it.
.


so here we go......


si manis diyana,si cantik ratna dan saya.

eating's time.kalau jumpa tak sah kalau tak ada makan sampai kekenyangan plus dengan gosip terkini lagi sensasi.as usual,me and yana adalah sizzling mee yang mantop.terbaik.then ratna soto.setiap kali makan dengan kawan-kawan mesti perlu ada sizzling mee.makan + gosip = kelicinan.



tak cukup makan tadi kemudian kami makan lagi.donuts from big apple dan sundae cone dan mc'flurry cornetto chocolate.kelaparan semula setelah penat window shopping,lil shopping,snap picture,gelak sana gelak sini,cuba fragrance selagi ada.


selesai semua kami pun bertemu jalan pulang.
.



tarikh : 12 april 2011
loaksi : taman klebang jaya,ipoh (rumah yana)

tapi tak selesai di situ dating kami,dah balik rumah mandi,sembahyang maghrib semua,yana ajak sleep over rumah beliau.kami pun apa lagi,mahukan aje.sebelum sampai rumah yana sempat pergi pasar malam beli makanan beli itu beli ini.
.



bersambunglah gosip kami.macam-macam jenis cerita keluar.sambil-sambil tu ratna siapkan assigment,aku online dan yana masak untuk meniaga esoknya.masak kuah laksa dan kuah kacang.then pukol 10 aku dan ratna sempat pergi kedai beli laksa untuk makan dengan kuah yang yana tengah masak tu.akhirnya kami makan laksa pukol 1 pagi.padahal sebelum tu dah makan makanan yang beli dekat pasar malam.
.


kemudian datang aktiviti lain lagi.upacara grooming.yana jadi mak andam.aku dan ratna hanya menadahkan muka.kebetulan dari awal yana dah pesan bawak alat solek monyolek sekali.aku ingat tak jadi aktiviti murni nie,rupanya jadi jugak.siap ada aktiviti yana menyanggol rambut aku lagi.akhirnya aku seharian tak tanggal make up.sayang sebab dah bertambah-tambah cantik.haha.
.



kisah kami berakhir pada pukul 6 pagi tadi.kami pun pulang rumah masing-masing.tak tidur kami seharian.apa-apapun balik qado tidur.aku sangat gembira.terima kasih untuk yana dan ratna.u all make my day :)
.







gembira

assalamualaikum...


seronok!!gembira!!
suka!!suka!!suka!!
.









Selasa, 12 April 2011

pergilah perasaan itu

assalamualaikum...


benci bila perasaan macamnie datang.bukan perasaan kecewa.bukan perasaan cinta.bukan jugak perasaan rindu.pendek dan panjang kata bukan perasaan yang jiwang-jiwanglah.tapi perasaan benci dan perasaan kecil hati.cerita lama tapi bagi aku rasa macam baru sekejap tadi jadi.
.


tenanglah wahai hati.kisah yang lalu biarkan berlalu.jangan disimpan dalam hati.maafkanlah segalanya.
.


SELAMAT MALAM!!













Ahad, 10 April 2011

RIO

assalamualaikum...


watching RIO at tgv,ipoh with lovely sister,liltle brother,uncle,aunt and cousinsssss.
.


very-very funny.excellent.fantastic.i like it.
.
 







apabila lidah itu tidak bertulang

assalamualaikum...


rasa macam dah lama tak updated blog nie.tapi memang lama pun.almost a week.semua gara-gara talian dipotong sebab lambat bayar.bila dah bayar kejiwaan nak bercerita tu hilang tiba-tiba.semua disebabkan tak nak jadikan entry sebagai entry emo terlebih sebab dah janji tak nak rasa sedih-sedih dah.tapi tah tahan.nak jugak luahkan apa yang terpendam.
.


apabila lidah itu tidak bertulang....


dalam jiwa aku sekarang hanya ada perasaan keliru,geram,sedih,marah.rasa nak toreh-toreh pipi orang yang suka buat-buat cerita.untuk apa aku pun tak tahu.mungkin untuk memalukan aku je.mungkin jugak untuk menyedapkan cerita beliau.ye la dah tak ada topik nak bersembang.dah tu pulak seronok agaknya nak sebut-sebut nama aku.what the hell makcik?mentang-mentang lidah tak bertulang.tajam sungguh lidah kamu makcik.mari sini berdepan dengan aku.mari kita tengok lidah siapa lagi tajam?
.


memang tak sangka dan tak pernah terduga pun akan jadi macam nie.ingat yang lepas dah habis al-kisahnya.rupanya tak lagi.bersambung-sambung.macam drama berepisod pulak.yang membuat cerita tetap dengan ceritanya.yang mendengar cerita pun pecaya laa bulat-bulat.kaji la dulu pakcik.kot belajar tak tinggi pun cuba belajar kaji mengkaji nie.jangan melulu je.
.


bosan.bosan.bosan.bosan sangat dengan kisah-kisah bodoh dan tak masuk diakal nie.kalaulah dalam dunia nie kita bebas buat apa saja memang dah lama aku bunuh kau makcik.sebelum bunuh memang aku nak toreh 47x pipi kurus kau tu biar kau rasa sakitnya sebabnya tu la rasa sakitnya hati aku.
.




p/s : hidup adalah drama & drama adalah hidup.





Ahad, 3 April 2011

H.M.M

assalamualaikum...


H.M.M - HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA


aku tahu dah ketinggalan jauh aku dengan cerita nie.tapi nak buat macam mana tadi jew aku berpeluang nak tengok cerita nie.tambah-tambah pulak tiket percuma.rugi la kalau tolak.even almost a month showing,but still ramai yang tengok.macam tadi hampir separuh cinema jugak la.
.


bagi aku cerita nie sangat seronok dan sangat menyentuh hati.betapa perlunya kita bersatu dan setia dalam sesuatu benda tak kira la dalam soal cinta,persahabatan atau apa sahaja.murni sungguh hati merong tu yea.kalaulah semua lelaki yang ada dekat dunia nie yang betul-betul macam merong.pasti bahagia perempuan-perempuan dekat dunia nie.ummmm.
.







Jumaat, 1 April 2011

goodbye march ~ hello april

assalamualaikum...


good bye MARCH hello APRIL
.


hari berganti hari,bulan pun berganti bulan.harinie dah masuk bulan ke 4 untuk tahun 2011.terlalu cepat masa berlalu dan MARCH telah meninggalkan terlalu banyak kedukaan untuk aku.
.


aku jugak harap lepas nie cerita sedih tak ganggu hidup aku lagi.apa jua yang terjadi aku tak nak ambil tahu.mana yang elok teruskan yang tak elok buat pengajaran.
.


MARCH jugak buat duit aku selalu habis.shopping and eating.ada jew benda yang nak dibeli dan nak dimakan.nafsukah?laparkah?tak tahu aku nak rungkaikan.
.



separuh dari yang telah dimakan sepanjang MARCH.yang lain tak sempat dah ngap dulu.haha.


last but not least,SMILE ALWAYS :)




p/s : selamat tinggal kisah sedih



 
 

perfume & shower cream

assalamualaikum...


perfume lagi
falling in love with the sweetest fragrant
i ROUGEBERRY from body shop
sale.before rm49 after rm40
grab it now while stock last
.


shower cream
i PASSION FRUIT from body shop
rm19.90
feel calm,feel free
.


p/s : sharing is caring.