Rabu, 23 Oktober 2013

happy birthday my dear blog

assalamualaikum & hello...

happy birthday warnawarnidiarikehidupan

turn 4th

love, Perempuan Cantik ♡

Published with Blogger-droid v2.0.10

Rabu, 18 September 2013

i love me

assalamualaikum & hello...

tak ada apa-apa yang lebih indah selain dari ketetapan-Nya.

gembira menjadi saya.

kesempurnaan itu harus dicari setiap detik.

syukur Alhamdulillah untuk hari yang telah lepas,kelmarin, semalam dan hari ini.

love, PEREMPUAN CANTIK ♡

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jumaat, 9 Ogos 2013

yeay hari raya!!

assalamualaikum & hello...

selamat hari raya aidilfitri the readers silent readers
.

love, Perempuan Cantik ♡

Published with Blogger-droid v2.0.10

Rabu, 7 Ogos 2013

preparation oh preparation

assalamualaikum & hello...

wehuuu excited nak tunggu Syawal menjelma. insya Allah Syawal terakhir sebagai bujangan. so haruslah bersedia untuk beraya sepuas-puasnya hehe :)
.

kawan-kawan, masak sedap-sedap yea nantikan terjahan aku yeay!!
.

Alhamdulillah cuti 06 ogos - 13 ogos.
.

love, Perempuan Cantik

Published with Blogger-droid v2.0.10

ramadhan

assalamualaikum & hello...

pejam celik pejam celik Ramadhan kian melabuhkan tirainya insya Allah. sedih sebab Ramadhanlah banyak memberi aku pengajaran yang tidak ternilai harganya jika ditukar dengan wang. terbukti kemuliaannya bulan ini. masih adakah Ramadhan untuk aku tahun hadapan? Ya Allah temukanlah aku dengan Ramadhan lagi di masa akan datang.
.

mungkin Ramadhan kali ini Ramadhan terakhir buat aku sebagai bujang. ekeke. tapi amatlah bermakna kerana menyambut Ramadhan di sisi kesayangan-kesayangan. 24/7. yea 24/7. siang dan malam bersama mereka. tidak berpisah lagi seperti tahun dulu-dulu. jimat air mata tapi masih terasa rindu meraikan Ramadhan dengan ex-housemate dan ex-officemate di Parit Buntar.
.

p/s : mendoakan Ramadhan kali ini penuh keberkatan dan diterima segala amalan-amalan serta amal ibadah. Amin!

love, Perempuan Cantik

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jumaat, 2 Ogos 2013

oh kerja oh mata

assalamualaikum & hello...

02:30 am - 2nd August 2013,
masih tak tidur dan tak boleh nak lelapkan mata walhal penat dan of course mengantuk nak-nak pulak baru habis shift petang pukul 11 malam tadi.
.

since kerja shift sekarang nie masa tidur tersangatlah terganggu. tapi Alhamdulillah kesihatan baik-baik saja. pagi petang dan malam. aku sendiri pun tak boleh nak kawal waktu tidur diri sendiri. mana taknya kerja malam direct enam hari lepas tu cuti kemudian baru nak betulkan masa tidur dah masuk pagi atau petang pulak. dah tu baru nak bertambah okey tiba-tiba dah masuk malam semula. kesian jugak pada mata. nak pejam tapi otak kata jangan.
.

tapi masalah tidur ke masalah segala masalah yang datang sekali pun aku tetap bersyukur sebab dapat duduk bersama kesayangan-kesayangan sekelian. tak perlu nak homesick bagai. cuma sekarang perasaan rindu yang menebal pada kawan-kawan parit buntar. tapi tak apa janji wajah-wajah kesayangan ada depan mata. yeay!!

kenapa dekat parit buntar aku normal shift dan dekat ipoh aku shift?
( tak tanya pun aku tetap bagitahu )
sebabnya hospital parit buntar hospital daerah dan aset-aset pun tak banyak so maintenance dapat dilakukan dengan jayanya manakala hospital ipoh adalah hospital negeri dan aset-aset terlalu banyak untuk di-maintance-kan. kadang-kadang tak terkejar para technician nak me-maintance-kan aset-aset tersebut. wonder department aku sampai 10 orang yang bekerja sedangkan waktu aku dekat parit buntar aku terkial-kial seorang diri. majulah Faber untuk hospital. ekeke.

p/s : dengar lagu balik kampung tak ada rasa apa dah hehe.

love, Perempuan Cantik ♡

Published with Blogger-droid v2.0.10

Isnin, 29 Julai 2013

sahabat

assalamualaikum & hello....

sahabat,

adakalanya lebih baik menyendiri daripada memikirkan hal-hal duniawi yang tiada berkesudahan.
.

jika diberi peluang sekali lagi aku memilih untuk tidak mengenalimu, sungguh! supaya sakit tak pernah wujud dalam hati.
.

namun aku tetap bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan. syukur Alhamdulillah.
.

p/s : menangis dalam sepi.

love, Perempuan Cantik ♡

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ahad, 28 Julai 2013

when I said huh?

assalamualaikum & hello...

weehuu dah nak raya??

dah lama blog manis blog terbiar??

creat new post kemudian save sebagai draft??

dah kerja dekat Ipoh Cinta semula??

wuwuwu lamanya membiarkan blog ini tanpa apa-apa coretan. busy all the times plus malas and out of mood untuk ber-blogging. tapi terlalu banyak jugak yang tersurat serta tersirat nak disimpan dalam nie. at last creat a new post then save as draft then creat a new post then save as draft. macam tu la berulang-ulang sampai la malam nie roh rajin datang. ekeke.
.

p/s : when I said huh?

love, Perempuan Cantik ♡

Published with Blogger-droid v2.0.10

Khamis, 9 Mei 2013

manusia hari ini

assalamualaikum & hello...

ramai manusia cuba untuk mengubah dunia sedangkan hubungan sesama manusia dan Tuhan semakin menjauh.
.

dari kawan menjadi lawan hanya kerana matlamat hidup berbeza. pendapat tak seia dan sekata. masing-masing bagai menegak benang yang basah antara satu sama lain. lain jiwa lain hati lain pemikiran.
.

p/s : pesan pada diri jaga hubungan dengan Allah.

love, PEREMPUAN CANTIK ♡

Published with Blogger-droid v2.0.10

Rabu, 1 Mei 2013

kisah ' love is sweet ' #7

assalamualaikum & hello...

-entry basi-

semangat nak update blog kisah tunang-tunang datang lagi. even lima bulan sudah berlalu tapi tetap jugak nak update.
.

kali nie kisah tepak sireh. orang perak memang terkenal dengan adat. nak buat sesuatu mesti beradat. dari sebelum kita lahir sampai lah akhir nyawa kita. semua ada je. ye betul aku tak tipu. dan family aku salah satu yang masih mengamalkan adat-adat nie. tapi tak adalah sampai melanggar hukum syarak. sekadar menghidupkan je.
.

tepak sireh nie perlu ada bagi dua-dua pihak. aku pun tak tahu function apa tepak sireh nie tapi yang aku tahu nanti isi dalam tepak sireh akan ditukar antara satu sama lain. dan dalam tu akan di isi dengan buah pinang, sireh, kapur, gambir, bunga cengkih, daun tembakau dan aku masih tak tahu fungsi semua benda nie. dalam tu jugak akan dihias cantik dengan bunga- bunga wangi. lagi satu dalam tepak sireh tu mereka akan letak beras dalam segenggam dua genggam dan dalam beras tu mereka jugak letak rm5.25. dan lagi sekali aku tak tahu fungsinya yang aku tahu mereka suruh aku ambil duit tu. hehehe yang itu memang aku suka sangat. rm5.00 siapa tak nak lepas topup tahu. ekeke.
.

nanti waktu perbincangan kedua-dua pihak akan buka tepak sireh tu. konon-konon nak memetik bunga  di taman larangan la hehehe.
.

tak ramai pun orang sekarang guna tepak sireh nie. kebanyakannya telah diganti dengan sireh junjung ( google ur own picture ). setengah orang tak tahu pun kewujudan tepak sireh nie.
.

so the day before bertungkus-lumus la nenek-nenek saudara aku membuat tepak sireh nie. memang seronoklah kumpul ramai-ramai prepared the final preparation. gelak ketawa gosiping. memang best-lah. yang aku tahu aku tidur dekat-dekat pukul tiga lah macam tu. nak kata nervous tu tidak tapi penat kot kemas-kemas rumah cari itu ini. ish ish ish. so larilah waktu tidur aku.
.

aku pun bernasib baik sebab orang-orang tua masih bernyawa lagi. so mereka-mereka nie la yang mengadun majlis aku daripada awal hingga akhir.
.

p/s : orang perak memang kaya dengan adat.

love, PEREMPUAN CANTIK ♡

Published with Blogger-droid v2.0.10