Jumaat, 2 Ogos 2013

oh kerja oh mata

assalamualaikum & hello...

02:30 am - 2nd August 2013,
masih tak tidur dan tak boleh nak lelapkan mata walhal penat dan of course mengantuk nak-nak pulak baru habis shift petang pukul 11 malam tadi.
.

since kerja shift sekarang nie masa tidur tersangatlah terganggu. tapi Alhamdulillah kesihatan baik-baik saja. pagi petang dan malam. aku sendiri pun tak boleh nak kawal waktu tidur diri sendiri. mana taknya kerja malam direct enam hari lepas tu cuti kemudian baru nak betulkan masa tidur dah masuk pagi atau petang pulak. dah tu baru nak bertambah okey tiba-tiba dah masuk malam semula. kesian jugak pada mata. nak pejam tapi otak kata jangan.
.

tapi masalah tidur ke masalah segala masalah yang datang sekali pun aku tetap bersyukur sebab dapat duduk bersama kesayangan-kesayangan sekelian. tak perlu nak homesick bagai. cuma sekarang perasaan rindu yang menebal pada kawan-kawan parit buntar. tapi tak apa janji wajah-wajah kesayangan ada depan mata. yeay!!

kenapa dekat parit buntar aku normal shift dan dekat ipoh aku shift?
( tak tanya pun aku tetap bagitahu )
sebabnya hospital parit buntar hospital daerah dan aset-aset pun tak banyak so maintenance dapat dilakukan dengan jayanya manakala hospital ipoh adalah hospital negeri dan aset-aset terlalu banyak untuk di-maintance-kan. kadang-kadang tak terkejar para technician nak me-maintance-kan aset-aset tersebut. wonder department aku sampai 10 orang yang bekerja sedangkan waktu aku dekat parit buntar aku terkial-kial seorang diri. majulah Faber untuk hospital. ekeke.

p/s : dengar lagu balik kampung tak ada rasa apa dah hehe.

love, Perempuan Cantik ♡

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tiada ulasan: