Khamis, 9 Mei 2013

manusia hari ini

assalamualaikum & hello...

ramai manusia cuba untuk mengubah dunia sedangkan hubungan sesama manusia dan Tuhan semakin menjauh.
.

dari kawan menjadi lawan hanya kerana matlamat hidup berbeza. pendapat tak seia dan sekata. masing-masing bagai menegak benang yang basah antara satu sama lain. lain jiwa lain hati lain pemikiran.
.

p/s : pesan pada diri jaga hubungan dengan Allah.

love, PEREMPUAN CANTIK ♡

Published with Blogger-droid v2.0.10

Rabu, 1 Mei 2013

kisah ' love is sweet ' #7

assalamualaikum & hello...

-entry basi-

semangat nak update blog kisah tunang-tunang datang lagi. even lima bulan sudah berlalu tapi tetap jugak nak update.
.

kali nie kisah tepak sireh. orang perak memang terkenal dengan adat. nak buat sesuatu mesti beradat. dari sebelum kita lahir sampai lah akhir nyawa kita. semua ada je. ye betul aku tak tipu. dan family aku salah satu yang masih mengamalkan adat-adat nie. tapi tak adalah sampai melanggar hukum syarak. sekadar menghidupkan je.
.

tepak sireh nie perlu ada bagi dua-dua pihak. aku pun tak tahu function apa tepak sireh nie tapi yang aku tahu nanti isi dalam tepak sireh akan ditukar antara satu sama lain. dan dalam tu akan di isi dengan buah pinang, sireh, kapur, gambir, bunga cengkih, daun tembakau dan aku masih tak tahu fungsi semua benda nie. dalam tu jugak akan dihias cantik dengan bunga- bunga wangi. lagi satu dalam tepak sireh tu mereka akan letak beras dalam segenggam dua genggam dan dalam beras tu mereka jugak letak rm5.25. dan lagi sekali aku tak tahu fungsinya yang aku tahu mereka suruh aku ambil duit tu. hehehe yang itu memang aku suka sangat. rm5.00 siapa tak nak lepas topup tahu. ekeke.
.

nanti waktu perbincangan kedua-dua pihak akan buka tepak sireh tu. konon-konon nak memetik bunga  di taman larangan la hehehe.
.

tak ramai pun orang sekarang guna tepak sireh nie. kebanyakannya telah diganti dengan sireh junjung ( google ur own picture ). setengah orang tak tahu pun kewujudan tepak sireh nie.
.

so the day before bertungkus-lumus la nenek-nenek saudara aku membuat tepak sireh nie. memang seronoklah kumpul ramai-ramai prepared the final preparation. gelak ketawa gosiping. memang best-lah. yang aku tahu aku tidur dekat-dekat pukul tiga lah macam tu. nak kata nervous tu tidak tapi penat kot kemas-kemas rumah cari itu ini. ish ish ish. so larilah waktu tidur aku.
.

aku pun bernasib baik sebab orang-orang tua masih bernyawa lagi. so mereka-mereka nie la yang mengadun majlis aku daripada awal hingga akhir.
.

p/s : orang perak memang kaya dengan adat.

love, PEREMPUAN CANTIK ♡

Published with Blogger-droid v2.0.10