Isnin, 29 Julai 2013

sahabat

assalamualaikum & hello....

sahabat,

adakalanya lebih baik menyendiri daripada memikirkan hal-hal duniawi yang tiada berkesudahan.
.

jika diberi peluang sekali lagi aku memilih untuk tidak mengenalimu, sungguh! supaya sakit tak pernah wujud dalam hati.
.

namun aku tetap bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan. syukur Alhamdulillah.
.

p/s : menangis dalam sepi.

love, Perempuan Cantik ♡

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ahad, 28 Julai 2013

when I said huh?

assalamualaikum & hello...

weehuu dah nak raya??

dah lama blog manis blog terbiar??

creat new post kemudian save sebagai draft??

dah kerja dekat Ipoh Cinta semula??

wuwuwu lamanya membiarkan blog ini tanpa apa-apa coretan. busy all the times plus malas and out of mood untuk ber-blogging. tapi terlalu banyak jugak yang tersurat serta tersirat nak disimpan dalam nie. at last creat a new post then save as draft then creat a new post then save as draft. macam tu la berulang-ulang sampai la malam nie roh rajin datang. ekeke.
.

p/s : when I said huh?

love, Perempuan Cantik ♡

Published with Blogger-droid v2.0.10

Khamis, 9 Mei 2013

manusia hari ini

assalamualaikum & hello...

ramai manusia cuba untuk mengubah dunia sedangkan hubungan sesama manusia dan Tuhan semakin menjauh.
.

dari kawan menjadi lawan hanya kerana matlamat hidup berbeza. pendapat tak seia dan sekata. masing-masing bagai menegak benang yang basah antara satu sama lain. lain jiwa lain hati lain pemikiran.
.

p/s : pesan pada diri jaga hubungan dengan Allah.

love, PEREMPUAN CANTIK ♡

Published with Blogger-droid v2.0.10

Rabu, 1 Mei 2013

kisah ' love is sweet ' #7

assalamualaikum & hello...

-entry basi-

semangat nak update blog kisah tunang-tunang datang lagi. even lima bulan sudah berlalu tapi tetap jugak nak update.
.

kali nie kisah tepak sireh. orang perak memang terkenal dengan adat. nak buat sesuatu mesti beradat. dari sebelum kita lahir sampai lah akhir nyawa kita. semua ada je. ye betul aku tak tipu. dan family aku salah satu yang masih mengamalkan adat-adat nie. tapi tak adalah sampai melanggar hukum syarak. sekadar menghidupkan je.
.

tepak sireh nie perlu ada bagi dua-dua pihak. aku pun tak tahu function apa tepak sireh nie tapi yang aku tahu nanti isi dalam tepak sireh akan ditukar antara satu sama lain. dan dalam tu akan di isi dengan buah pinang, sireh, kapur, gambir, bunga cengkih, daun tembakau dan aku masih tak tahu fungsi semua benda nie. dalam tu jugak akan dihias cantik dengan bunga- bunga wangi. lagi satu dalam tepak sireh tu mereka akan letak beras dalam segenggam dua genggam dan dalam beras tu mereka jugak letak rm5.25. dan lagi sekali aku tak tahu fungsinya yang aku tahu mereka suruh aku ambil duit tu. hehehe yang itu memang aku suka sangat. rm5.00 siapa tak nak lepas topup tahu. ekeke.
.

nanti waktu perbincangan kedua-dua pihak akan buka tepak sireh tu. konon-konon nak memetik bunga  di taman larangan la hehehe.
.

tak ramai pun orang sekarang guna tepak sireh nie. kebanyakannya telah diganti dengan sireh junjung ( google ur own picture ). setengah orang tak tahu pun kewujudan tepak sireh nie.
.

so the day before bertungkus-lumus la nenek-nenek saudara aku membuat tepak sireh nie. memang seronoklah kumpul ramai-ramai prepared the final preparation. gelak ketawa gosiping. memang best-lah. yang aku tahu aku tidur dekat-dekat pukul tiga lah macam tu. nak kata nervous tu tidak tapi penat kot kemas-kemas rumah cari itu ini. ish ish ish. so larilah waktu tidur aku.
.

aku pun bernasib baik sebab orang-orang tua masih bernyawa lagi. so mereka-mereka nie la yang mengadun majlis aku daripada awal hingga akhir.
.

p/s : orang perak memang kaya dengan adat.

love, PEREMPUAN CANTIK ♡

Published with Blogger-droid v2.0.10

Rabu, 24 April 2013

oh blog......

assalamualaikum & hello...

hampir dua bulan tanpa sisipan perjalanan hidup. semuanya adalah kerana busy busy busy busy dan busy. plus tiada mood untuk mengarang. ah biarlah. sekali sekala perlu mendiamkan diri juga.
.

p/s: tiap hari sayang........

love, PEREMPUAN CANTIK ♥

Published with Blogger-droid v2.0.10

Rabu, 20 Februari 2013

wordless wednesday #2'2013

aku cinta kamu........

Published with Blogger-droid v2.0.10

berhenti berharap.......

assalamualaikum & hello...

aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap sampai nanti suatu saat tak ada cintaku dapat sobssssssssss.
.

mungkin sudah tertulis untuk terus mencari rezeki di sini. ku yakinkan diri, kan tetap terus melangkah walau jauh dari kesayangan-kesayangan.
.

semoga Allah mempermudahkan segala-galanya. sesungguhnya Dia sebaik-sebaik pencipta. tak pernah ku ragu walau sedetik kerana ketetapan-Nya adalah benar. Amin.
.

love, PEREMPUAN CANTIK <3

Published with Blogger-droid v2.0.10

Rabu, 30 Januari 2013

setia hujung nyawa

assalamualaikum & hello...

sekarang nie, tepat pukul tujuh dah terpacak depan tv. semua gara-gara setia hujung nyawa. waktu mula-mula ditayangkan memang tak ikut. dengar-dengar cerita dari officemate je. tapi, once tengok memang tak sabar nak tunggu next episode.
.

super duper comel, sweet, romantic, lovey dovey anddddddd damn best. tak dapat nak bayangkan macam mama perasaan tu. officemate yang lelaki pun suka tengok nie kan pulak aku yang gugirl yang dalam hati ada taman nie. thehehe.
.

setia hujung nyawa itu setia hujung nyawa jugak tapi S.O.L.A.T jangan sesekali abaikan. berhibur memang tiada salah kerana hiburan itu juga indah. hanya apabila kita salah memilih itu yang membuat kita terleka. ( pesanan buat diri sendiri )
.

p/s : in love with setia hujung nyawa already :)

love, PEREMPUAN CANTIK <3

Published with Blogger-droid v2.0.10

wordless wednesday #1'2013

assalamualaikum & hello...

without u mom, me is nothing!

love, PEREMPUAN CANTIK <3

Published with Blogger-droid v2.0.10

Selasa, 29 Januari 2013

kisah ' love is sweet ' #6

assalamualaikum & hello...

-lagi entry basi-

tengok orang ada pegang bunga tangan aku pun nak jugak. gigih okey pegi pasar pagi-pagi sabtu. a week before dah siap remind peneman setia m.u.m.m.m.y cakap nanti bawak pergi Pasar Besar Ipoh sebab nak beli bunga hidup. mula-mula harus dengar bebelan jugaklah. tapi si anak dah merengek tahap melemaskan jadinya si ibu tadi menurutkan jugak. mana taknya hari-hari call then setiap hujung bicara tak lepas dari cakap pasal bunga tangan bunga tangan dan bunga tangan. rimaskan. hahaha. tak nampak sebenarnya kepentingan bunga tangan tapi super duper excited aku dengan bunga tangan. satu je aku rasa dengan bunga tangan hiduo nie sebab aku boleh keringkan dan simpan jadi kenagan. untill now aku simpan bunga itu. its so worth it.
.

makanya hari sabtu keluarlah dua beranak nie ke pasar atas tujuan beli bunga selain nak beli perkakas tepak sireh. kenapa pergi hari sabtu tak pergi hari ahad? sebab kang huru hara pergi hari ahad. majlis hari ahad takkan gigih jugak nak beli hari ahad kan. kang bunga hidup entah ke mana aku entah ke mana.
.

so pilihan hati haruslah bunga mawar merah. RM10.00 untuk 24 tangkai bunga mawar merah. murahkan. sangat teruja hokey tengok sana sini bunga hidup sedang kembang mekar. rasa macam nak jadi penjual bunga jugak. mesti tak stress-kan. gadis dan bunga, oh owesome. si pemilik kedai bunga pun ajarlah cara nak bagi kembang bagai. rupa-rupanya bila dah beli leraikan se atau dua kelopak kemudian rendam dalam air sehinga suku dari tangkainya means jangan sampai terendam kelopak bunga.  memang akan kembang mekar. no need to put panadol etc. cubalah sebab aku cuba memang jadi. so bila tiba hari nak guna potong lah tangkai sampai mana yang kita nak. macam aku lepas potong tangkai dan gubah cantik-cantik, sekali tangkai tu aku balut dengan riben lebihan buat kotak hantaran supaya bila genggam, tapak tangan dan jari jemari tak terkena duri. langkah berhati-hati ekoran tersangat excited dengan bunga mawar, masa pilih-pilih atas tangan kanan terkena duri. dah bercalar tangan. sarung cincin dalam keadaan tangan bercalar. ekeke.
.

p/s : sekuntum mawar merah, sebuah puisi, di bulan Februari.

love, PEREMPUAN CANTIK <3

Published with Blogger-droid v2.0.10