Memaparkan catatan dengan label my diary. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label my diary. Papar semua catatan

Selasa, 10 Disember 2013

random....

assalamualaikum & hello...

hujan bunga ipoh ♡
luckily harinie off day memang sedap la senantiasa berada di atas katilkan kui kui kui.
.

semalam sempat dating dengan my dearest girl. selalu sizzling date tapi semalam tukar johny's date. aku memang berhantu dengan steamboat nie tambah-tambah johny's tak kira la sedap ke tak ke steamboat tu. asalkan namanya steamboat hari-hari pun mawww haha.

same goes to sizzling mee. hari-hari makan pun tak pe. err diet?? so far diet berjalan lancar. ada la nampak perbezaan. so minggu nie minggu ke empat tanpa nasi. tapi laksa dan mee aku bedal jugak. mana tahan weh makanan kegemaran katanya. berat tak pergi timbang lagi sebab nak tunggu sebulan ngam-ngam baru nak timbang. tapi obvious yang nampak badan rasa ringan dan tak mudah penat.
.

tapi kalau dah tekak melayu tu tetap melayu jugak. bila nampak nasi geram je. tambah-tambah bulan nie penuh dengan wedding's event kawan-kawan. nasi minyak tu bukan senang nak dapat. tapi dengan semangat yang jitu semua dilupakan. bila orang tanya bila nak makan nasinya aku akan jawab tunggu 14 March 2014. kui3.
.

p/s: counting daysss untuk makan nasi bukannya tak sabar untuk big day thehe.

love, Perempuan Cantik ♡

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jumaat, 2 Ogos 2013

oh kerja oh mata

assalamualaikum & hello...

02:30 am - 2nd August 2013,
masih tak tidur dan tak boleh nak lelapkan mata walhal penat dan of course mengantuk nak-nak pulak baru habis shift petang pukul 11 malam tadi.
.

since kerja shift sekarang nie masa tidur tersangatlah terganggu. tapi Alhamdulillah kesihatan baik-baik saja. pagi petang dan malam. aku sendiri pun tak boleh nak kawal waktu tidur diri sendiri. mana taknya kerja malam direct enam hari lepas tu cuti kemudian baru nak betulkan masa tidur dah masuk pagi atau petang pulak. dah tu baru nak bertambah okey tiba-tiba dah masuk malam semula. kesian jugak pada mata. nak pejam tapi otak kata jangan.
.

tapi masalah tidur ke masalah segala masalah yang datang sekali pun aku tetap bersyukur sebab dapat duduk bersama kesayangan-kesayangan sekelian. tak perlu nak homesick bagai. cuma sekarang perasaan rindu yang menebal pada kawan-kawan parit buntar. tapi tak apa janji wajah-wajah kesayangan ada depan mata. yeay!!

kenapa dekat parit buntar aku normal shift dan dekat ipoh aku shift?
( tak tanya pun aku tetap bagitahu )
sebabnya hospital parit buntar hospital daerah dan aset-aset pun tak banyak so maintenance dapat dilakukan dengan jayanya manakala hospital ipoh adalah hospital negeri dan aset-aset terlalu banyak untuk di-maintance-kan. kadang-kadang tak terkejar para technician nak me-maintance-kan aset-aset tersebut. wonder department aku sampai 10 orang yang bekerja sedangkan waktu aku dekat parit buntar aku terkial-kial seorang diri. majulah Faber untuk hospital. ekeke.

p/s : dengar lagu balik kampung tak ada rasa apa dah hehe.

love, Perempuan Cantik ♡

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ahad, 28 Julai 2013

when I said huh?

assalamualaikum & hello...

weehuu dah nak raya??

dah lama blog manis blog terbiar??

creat new post kemudian save sebagai draft??

dah kerja dekat Ipoh Cinta semula??

wuwuwu lamanya membiarkan blog ini tanpa apa-apa coretan. busy all the times plus malas and out of mood untuk ber-blogging. tapi terlalu banyak jugak yang tersurat serta tersirat nak disimpan dalam nie. at last creat a new post then save as draft then creat a new post then save as draft. macam tu la berulang-ulang sampai la malam nie roh rajin datang. ekeke.
.

p/s : when I said huh?

love, Perempuan Cantik ♡

Published with Blogger-droid v2.0.10

Selasa, 28 Ogos 2012

updated

assalamualaikum & hello...

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433h si cantik dan si kacak sekelian alam.
.

tertinggal keretapi la pulak. lewat banyak. sepuluh Syawal dah harinie. tapi baru berkesempatan nak wish Happy Eid to all muslim in the world.
.

just blogwalking je sehari dua nie. mood nak meng-updated tu tak datang-datang lagi.
.

macam-macam kisah hari raya kawan-kawan yang lain. warna-warni dan riang ria penuh dengan keindahan semuanya. same goes to me. sangat bermakna hari raya aku kali nie. tapi yang tak best raya keempat dah mula kerja. sedih. sedang mereka-mereka bergembira di kampung halaman aku menaggung kesedihan. pilu hati aku ketika itu. hehehe.
.

baju raya still ada tiga pasang tak berpakai lagi. so consider as baju kerja je lah. aku sundiri pun tak tahu kenapa tiba-tiba ada banyak baju aku jadinya. tiba-tibakan. ( garu kepala yang tak gatal )
.

lepas habis puasa bulan Ramadhan kali nie, kondisi perut aku adalah akan sentiasa lapar. apa dah jadi? umm. diet diet diet. be strong duhai perut. puasa ganti pun tak mulakan lagi. 'open house' sini sana. tak mahu nak menghampakan tuan rumah yang invite so ambil jalan tak payah mula puasa lagi. hahaha. ish ish ish. teruk teruk teruk.
.

its lunch time, nak makan lapar bye :)


p/s : rindu semakin hari semakin menjadi-jadi....



love, PEREMPUAN CANTIK <3>

Selasa, 14 Ogos 2012

25 Ramadhan 1433h vs 14 Ogos 2012

assalamualaikum & hello...


25 Ramadhan harinie. dengan berkat Ramadhan kali ini alhamdulillah syukur ' confirmation letter ' dah dapat. terharu gembira sedih semua ada. bercampur-campur. semoga rezeki kali ini di berkati-Nya lagi.
.

14 Ogos harinie. genap tiga bulan aku mencari rezeki di daerah orang yang sangat-sangat mencabar jugak bagi aku. insyaallah akan aku tempuh dan lalui dengan cekal dan tenang hati.
.


love, PEREMPUAN CANTIK <3>

Isnin, 13 Ogos 2012

entry merepek ayam hari ini

assalamualaikum & hello...


hai hai hai cantik-cantik dan kacak-kacak. hari yang penuh dengan semangat sebab baru sampai daripada ipoh pagi tadikan. haruslah bahagia setelah kasih sayang di-topup-kan. tambah pulak lagi berapa hari je nak duduk sini lepas tu balik semula then RAYA. ( yang nie yea memang tak ' sabo-sabo doh ' ). cuba tengok minggu-minggu lepas raya yang mana sabtu kena kerja haa mahu meroyan tahap gaban punyalah. waktu tu baru tahu once for twice week baru boleh balik kampung. minggu puasa yea lah tiap-tiap minggu boleh balik siap dapat cuti free untuk hari sabtu lagi. thankyou FMS. suka suka suka. tapi lagi suka kalau transfer-kan saya balik ipoh semula.
.

esok genap tiga bulan merantau di daerah orang. lambatnya masa berjalan. rasanya macam dah lama sangat duduk dekat sini tapi kenapa baru nak masuk tiga bulan je. musykil kejap aku dekat situ. bukan aku je yang rasa tapi beberapa orang-orang sekeliling aku turut rasa apa yang aku rasa ( bila rasaku ini rasamu ). kadang-kadang orang cakap kalau kita suka sesuatu benda tu akan rasa sekejap je masa berlalu. tapi kalau kita tak suka masa berlalu dan berputar tersangatlah lambat. persoalannya, tak suka ke aku dekat tempat ni? memang aku tak suka sebab jauh dari keluarga. tapi tak ada lah terlampau tak suka sangat. tak ada lah sampai tahap mengeji lagi. aiyaiyai perasaan apakah ini? hahaha.
.

hari raya makin menjelang tiba tinggal beberapa hari je lagi. sana sini lagu raya berkumandang. ringtone handphone orang kebanyakannya dah bertukar lagu rayalah. termasuk jugak aku nie ha. radio apatah lagikan. kerap dengan lagu rayanya. tapi aku lebih obses download lagu yang bukan lagu raya. kekeke. macam mana tu aku pun tak tahu. nak ikutkan aku lah yang paling teruja nak tunggu raya nie. oh mungkin keterujaan untuk raya bukan datang daripada lagukan.
.

tiba-tiba rasa macam nak makan sizling mee berbuka nanti tapi nak nasi tomato jugak. tapi kenalah pilih salah satu mana boleh nak masuk sekali harung. sizling mee bahan-bahan dah ada kat rumah tapi kemalasan lebih tinggi tahapnya dengan kerajinan. nasi tomato pulak kene pergi pasar ramadhan. tapi panas cuacanya tak larat nak pergi. macam mana yea? umm tak mampu nak berfikir sekarang.
.

okey, need to go. ada kerja menanti.
.


p/s : welcome to the hotel CALIFORNIA lalala :)



love, PEREMPUAN CANTIK <3>

Khamis, 9 Ogos 2012

gangguan emosi 20 Ramadhan 1433h

assalamualaikum & hello...


20 Ramadhan hari ini. pagi yang agak tenang tapi sedikit menghampakan perasaan aku. entah kenapa tersentuh sangat hati aku dengan kata-kata sedemikian. memang simple or maybe its just a joke. tapi susah jugak aku nak terima bulat-bulat. aishh entahlah. hati nie pun cepat sangat tersentuhnya. be strong okey.
.

sometimes rasa bosan. nak buat satu benda macam terpaksa dan dipaksa. kadang-kadang tak faham jugak perlu ke kita hulurkan sesuatu yang kita sendiri tak tahu pucuk pangkalnya? tak terfikir ke kita orang tu ada ke tak ada ke waktu tu? guna tak sebanyak mana tapi keluar kene lebih. tolonglah aku pun tak hadap sangat benda tu. so ruin my mood. rasa macam nak menangis bila jadi macamnie. ternyata aku tak kuat. tak mampu nak lawan benda yang remeh nie. rasa terkilan sangat. bila mereka sudah menyuarakan sedemikian rasa tak sedap jiwa badan hati nurani kalau tak sama-sama keluar sebab majoriti dah bersuara. tapi kenapa tak beritahu awal-awal. macammana dengan yang lain-lain? oh tidak. kawal emosi kawal emosi.
.


p/s : kawan lain kali jangan buat macamnie. tapi KUMPUL dan guna. fair and square :))))


love, PEREMPUAN CANTIK

Rabu, 8 Ogos 2012

tersangatlah teruja

assalamualaikum & hello...


selamat pagi rabu cantik dan kacak sekelian. Alhamdulillah sudah 19 Ramadhan harinie. sudah hampir dengan malam lailatul qadar. rasa baru semalam mula puasa. pejam celik pejam celik dah nak masuk Syawal. sangat teruja nak menunggu Syawal datang dan tersangatlah sedih nak berpisah dengan Ramadhan. entah ada entah tidak lagi Ramadhan akan datang. kalau ada entah sempat entah tidak aku nak bertemunya lagi. Ya Allah panjangkanlah umur hambamu ini supaya hambamu dapat bertemu lagi Ramadhan yang akan datang untuk menambahkan lagi amalan-amalan yang sememangnya tersangatlah kurang Amin.
.

sangat teruja jugak nak balik kampung this coming friday. sanggup bawak kerja balik rumah kononnya nak tulis siap-siap then hari jumaat terus key-in dalam system. tapi kerja tinggal kerja. lebih teruja dengan benda lain. hahaha. mungkin tengah baru dan tengah hangat kot. hahaha :)
.

semalam sepanjang malam dihabiskan masa dengan study benda alah itu. dengan penuh semangat okey aku study. nampak tak keTERUJAan aku di situ? nampka tak? nampak tak? hahaha :)
.

memang sangat best. tak rugi dan tak menyesal beli cuma terkilan after this kene kurang membeli belah keperluan-keperluan lainlah. sobssss :(
.

okey teruja jugak nak sambung buat kerja yang menimbun kasi settle harinie jugak supaya dapat berehat dengan tenang di rumah tanpa fikir ' ohh dalam tray banyak lagi work order, ohh banyaknya work order yang belum closed, eh work order untuk yang itu yang ini tak open lagi bla bla bla ' ( okey yang part nie memang menipu kalau teruja kekeke )
.

teruja teruja teruja dan terus teruja dan telefon pun sudah berbunyi buhbye semua...................
.


p/s : sobsssss mood melayang-layang bila lagu raya berkumandang di seluruh office. mak nak balik :(

love, PEREMPUAN CANTIK <3>

Selasa, 17 Julai 2012

dearie me....

assalamualaikum....

mulakan hari dengan senyuman.
nak buang kekusutan jauh-jauh.
dalam kesedihan masih ada yang sayang tanpa henti.
'saya pun sayang awak jugak'
.

dearie me.......
ingat kerja tu pun satu ibadah. laksanakan ibadah itu dengan penuh dedikasi dan penuh tanggungjawab. dont simply make it simple dimple. semuanya nanti ada hisab di sana kelak. apa jua yang jadi ingat Allah. apa jua yang berlaku semua atas kehendak-Nya jugak. jangan mudah putus asa. jangan mudah mengalah. kalau rasa benda tu betul tegakkan kalau sebaliknya terima dengan hati terbuka. sesungguhnya Allah sentiasa di kalangan orang-orang yang sabar. jangan mudah mengeluh dengan apa yang telah terjadi ini. cari jugak letaknya kekhilafan diri sendiri. berdoalah tanpa henti dan berjalanlah tanpa henti Allah sentiasa di sisi. mengadulah berdoalah tanpa rasa jemu. Dia maha mendengar maha pengasih lagi maha penyayang.


hadapi tiap sesuatu dengan tenang jiwa :)


love, PEREMPUAN CANTIK <3

Rabu, 6 Jun 2012

dear to whom may concern.....

assalamualaikum...

dear my blog also dear my readers........

petang rabu yang lemau. hujan dari pagi tadi. hujan batu paghissss tak sama dengan hujan bunga ipoh. so sad and so annoying bila perasaan macam nie datang. teringat rumah all the times. masa tudur je tak sebab memang tak fikir apa dah. tetap akan terus bertahan. ' ohh Tuhan tabahkanlah hati hambaMu..... '
.

maybe hari nie tak berapa nak cun. sebab satu masalah tak pasal-pasal ruin my mood. rasa tu datang bila keluar lunch order makan then hampir satu jam nak kena tunggu makanan tu. tengok jam hampir habis waktu lunch. hey, bila nak makan kalau macam nie? order simple je kot. bukannya gajah masak kicap. astaghfirullahalazim.
.

i'm gonna be okey i'm gonna be okey i'm gonna be okey i'm gonna be okey i'm gonna be okey i'm gonna be okey i'm gonna be okey i'm gonna be okey i'm gonna be okey i'm gonna be okey i'm gonna be okey i'm gonna be okey :)
.

nak buang rasa marah tu jauh-jauh. nak senyum dan terus tersenyum je. sorry lah abang kedai ter-emo sikit je tadi. selalu saya tak macam tu sangat. hahaha :)
.

p/s : sambung buat kerja semula.................


love, PEREMPUAN CANTIK

Jumaat, 1 Jun 2012

yeay yeay jumaat

assalamualaikum...

salam jumaat buat semua yang cantik dan yang kacak.
Alhamdulillah jumaat sudah harinie. semoga kita semua diberkati-Nya. Amin.
.

tapi yang lebih penting adalah BALIK KAMPUNG. jyeahhh. saya suka saya suka. semangat bekerja extravaganza untuk harinie. here we gooooooooooo Bismillahirrahmanirrahim..........
.


p/s : cannot wait for 5 o'clock :)



love, PEREMPUAN CANTIK

Selasa, 10 April 2012

tuesday updated

assalamualaikum...

pagi yang indah hari ini. semangat dah mula berkobar-kobar nak balik ipoh malam nanti. baru seminggu dah ting tong rindu yang teramat. macam mana kalau dapat kerja luar nanti. ayaya.
.

tapi bila dah balik ipoh mesti rindu Si Cemel dan Si noty. tqapi apakan daya kat mummy, papa, adik dan atok jugak rindu sama. huwaaaaaaaaaaa sob sob sobsssss :(
.


p/s : gagahkan diri nak kemas bag. seronok dalam tak seronok.

Sabtu, 7 April 2012

assalamualaikum...


hai cantik hai kacak
masih dalam mood cuti-cuti jalan-jalan makan- makan.
kalau semalam seorang diri pun boleh sampai Genting Theme Park dan hari tak lagi keseorangan tapi bersama-sama my beloved sister.
.

jadinya hari nie jalan- jalan di Bukit Tinggi pulak.looks like boring place tapi to those yang nak berehat-rehat sesuailah.bagi aku dan tiga hari berehat kat atas sana nun tak ada lah rasa nak rehat lagi.tapi apakan daya ikut saja kehendak my sister.
.

dan sekarang aku ada dekat Rabbit Farm.disebabkan aku bukan seorang yang pecinta tegar binatang so bagi aku tempat nie tersangatlah bosan.kalau Kuala Lumpur tu dekat dah lama aku jalan kaki balik.tapi jauh aku tabahkan hati jua.tapi tak apa janji my lil nephew happy sudah.punya seronok dia berkejaran dengan rabbit sekelian.aku sekejap je pegang bila rabbit tu dan menggedik dekat tangan memang chakponglah namanya.sorry rabbit.
.

teringat pada somebody yang pernah bagi aku rabbit ( yang beno-benonya aku yang mintak belikan tapi consider bagilah ) memang tak lama haystnya dengan aku.nama rabbit tak menahan Nia Amanda.haha.cuma dua hari je hayat si Nia nie.tu pun dalam dua hari tu bukan aku yang jaga sangat.pakcik je yang semangat tebuk lubang untuk kotak tu.nak bagi makan pun aku takut.niekan pulak nak dukung-dukung memang taklah.tapi sampai sekarang insan yang memberi tu tak tahu hayatnya hanya dua hari.kalau ditanya memang aku jawab hidup lagi then sampailah sebulan baru bagitahu yang si Nia dah mati.tapi yang dia tahu si Nia berhayat sehingga sebulanlah walhal dua hari.sorry awak terpaksa menipu.haha.
.

okey gottogo.ohyeah going back to kualalalaaa lumpur.mahu jumpa baby najihah pulak.cannot wait.tapi kene tinggalkan aisy pulak.sob sob sobssssssss :(
.



love, perempuan cantik :)

i wish u were here

assalamualaikum...


second night at Genting.betapa rindunya pada pojaan-pojaan hati di sana nun.sometimes rasa tak sabar nak balik sometimes rasa nak duduk sini terus.tapi rindu mengatasi segala-galanya.
.


apa khabar orang kampung?
baik-baik sahaja ya.
.


and i wish u were here too sayang...................................




p/s : happy weekend gorgeous and handsome




love, perempuan cantik :)

Rabu, 29 Februari 2012

bekerja dimalam hari

assalamualaikum...


hai si cantik dan hai si kacak
hari yang indah buat semua dan diberkati segala-galanya.
.

basuh baju ☑
sidai baju ☑
kemas rumah ☑
sapu lantai ☑
mope lantai ☑
kemas bilik ☑

untungnya working in night shift.semua kerja dapat dilaksanakan dengan jayanya.masa dekat rumah pun panjang.macam-macam boleh buat.
.

shift until this coming friday.for the first time me working in night shift for the whole weekdays.just liltle bit tired but quite okey.
.

so now time to sleep tight and have a good sleep and nice dreams while others busy doing their work and task.weeeee :)


p/s : happy sleep to me !! zzzzzssssssssssss (♥_♥)


love, PEREMPUAN CANTIK

Rabu, 22 Februari 2012

hati pun tak seronok

assalamualaikum...


selamat pagi rabu semua :)
hari yang sangat mendukacitakan dengan keadaan keliling yang macam sengal.ya allah tabahkan hati ini.nak kata tak bermotivasi umat-umat nie sekalian,selalu je dapat motivasi.tapi pemikiran tetap macam 100 tahun yang lalu mungkin 1000 tahun jugak.alahai sangat menguji kesabaran.
.

bila hati tak seronok buat apa pun jadi lemau gemalau.oh Tuhan bimbinglah hati ini.sedih sob sob sob :(


p/s : dear 'hati' please be strong for today only.



love, PEREMPUAN CANTIK

Selasa, 21 Februari 2012

tuesday morning

assalamualaikum...


hey si kacak hey si cantik
selamat pagi selasa
pagi yang sangat lemau gemalau
feel so sleepy yawn**yawn**
.

pagi yang good good sahaja
nothing special but i hope for the special one
still keep waiting and i wish my waiting will last forever and none of something that futile
ya allah permudahkan segalanya amin
.

p/s : menghitung hari :)



love, PEREMPUAN CANTIK

Ahad, 19 Februari 2012

hujan bunga ipoh

assalamualaikum...


pagi ahad yang indah,hujan bunga ipoh.sejuk je.aman dan damai jugak.
.

dah dua kali jugak tukar tempat tidur.kerja rumah belum jugak mula dibuat.1 mesin baju tunggu untuk dibasuh.2 bakul tunggu untuk dilipat belum masuk yang ber-hanger,belum jugak masuk yang letak atas katil dan 1 bakul tunggu untuk disetereka.ohhh mana semangat nie?entah bila boleh siap pun.dari hari ke hari.agaknya tunggu baju dah tak ada nak dipakai baru semangat tu datang kot.alahai malasnyaaaaa!
.

masih bermalas-malasan atas katil depan TV.tersangatlah bagus.apa nak jadi entahlah.esok dah isnin.semangat cepatlah datang dan malas pergilah jauh-jauh.huwaaaa sob sob sob :(
.


p/s : rindu rindu rindu.tidur elok-elok yea.



love, PEREMPUAN CANTIK

Jumaat, 17 Februari 2012

T.G.I.F

assalamualaikum...


hello gorgeous hello handsome :)
yeay it's friday, T.G.I.F
harap-harap yang baik-baik saja untuk hari ini.tak ada mengkhianati atau dikhianati tak ada mendengki atau didengki.harap-harap jugak berterusan hingga hujung nyawa.
.

kalau boleh hari-hari pun nak senyum je.nak jadi tabah setabah nabi Muhammad S.A.W.biar berjuta masalah datang melanda tetap nak senyum je.kalau boleh tak nak buang masa dengan bersedih.biar apa orang nak judge kita tetap jugak nak senyum sebab orang tak tahu siapa kita apa yang kita nak dan apa yang kita perlu sebab kita adalah kita.kita bukanlah paris hilton bukan jugak luna maya.kita tetap kita.
.

kadang-kadang lemas jugak dikelilingi orang-orang yang suka membangga diri.okeylah tu dengan apa yang ada.kalau benda tu ada orang sendiri akan nampak tak perlu nak bagitahu dunialah.so annoying this people.semoga allah jauhkan sikap ini dalam diri aku dan diri semua orang-orang yang saya sayang termasuk awak dan awak dan awak jugak.bersyukurlah kita dengan apa yang kita ada.kalau rasa benda tu betul barulah kita showing off dekat orang means,kalau jalan yang kita pilih tu jalan yang terbaik,kita nasihatkan orang dengan pengalaman yang kita dah ada.bukan kau nak burukkan dia.dia nak burukkan kau.tak tak.bukan macam tu.
.

lagi pulak,kalau kita dah tahu benda tu salah buat apa kita nak ulang benda yang sama?dah tahu kalau buat macamnie akan kena macam tu.so why not berubah je ke jalan yang betul.jadilah contoh yang indah-indah buat golongan adik-adik nie.sebabkan aku suka yang cantik-cantik yang indah-indah jadinya aku nak sangat contoh yang indah-indah dan cantik-cantik depan mata.semoga
jugak benda-benda nie tak terjadi dekat kalangan kesayangan-kesayangan saya.
.

ter-emo pulak di pagi jumaat yang indah hari ini.ohh tidak-tidak rosak mood pagi jumaat nie.
.

okey sambung buat kerja.
.


p/s : buatku tersenyum :)


love, PEREMPUAN CANTIK

Rabu, 15 Februari 2012

saya okey

assalamualaikum...


hey wednesday
hari yang indah,tenang dan damai.
makin tabah dalam menghadapi hari-hari.dugaan yang datang memang boleh mematangkan kita untuk fikir baik dan buruk dalam hidup nie.
.

saya okey ツ





love,PEREMPUAN CANTIK