Memaparkan catatan dengan label prepareration. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label prepareration. Papar semua catatan

Selasa, 29 Januari 2013

kisah ' love is sweet ' #6

assalamualaikum & hello...

-lagi entry basi-

tengok orang ada pegang bunga tangan aku pun nak jugak. gigih okey pegi pasar pagi-pagi sabtu. a week before dah siap remind peneman setia m.u.m.m.m.y cakap nanti bawak pergi Pasar Besar Ipoh sebab nak beli bunga hidup. mula-mula harus dengar bebelan jugaklah. tapi si anak dah merengek tahap melemaskan jadinya si ibu tadi menurutkan jugak. mana taknya hari-hari call then setiap hujung bicara tak lepas dari cakap pasal bunga tangan bunga tangan dan bunga tangan. rimaskan. hahaha. tak nampak sebenarnya kepentingan bunga tangan tapi super duper excited aku dengan bunga tangan. satu je aku rasa dengan bunga tangan hiduo nie sebab aku boleh keringkan dan simpan jadi kenagan. untill now aku simpan bunga itu. its so worth it.
.

makanya hari sabtu keluarlah dua beranak nie ke pasar atas tujuan beli bunga selain nak beli perkakas tepak sireh. kenapa pergi hari sabtu tak pergi hari ahad? sebab kang huru hara pergi hari ahad. majlis hari ahad takkan gigih jugak nak beli hari ahad kan. kang bunga hidup entah ke mana aku entah ke mana.
.

so pilihan hati haruslah bunga mawar merah. RM10.00 untuk 24 tangkai bunga mawar merah. murahkan. sangat teruja hokey tengok sana sini bunga hidup sedang kembang mekar. rasa macam nak jadi penjual bunga jugak. mesti tak stress-kan. gadis dan bunga, oh owesome. si pemilik kedai bunga pun ajarlah cara nak bagi kembang bagai. rupa-rupanya bila dah beli leraikan se atau dua kelopak kemudian rendam dalam air sehinga suku dari tangkainya means jangan sampai terendam kelopak bunga.  memang akan kembang mekar. no need to put panadol etc. cubalah sebab aku cuba memang jadi. so bila tiba hari nak guna potong lah tangkai sampai mana yang kita nak. macam aku lepas potong tangkai dan gubah cantik-cantik, sekali tangkai tu aku balut dengan riben lebihan buat kotak hantaran supaya bila genggam, tapak tangan dan jari jemari tak terkena duri. langkah berhati-hati ekoran tersangat excited dengan bunga mawar, masa pilih-pilih atas tangan kanan terkena duri. dah bercalar tangan. sarung cincin dalam keadaan tangan bercalar. ekeke.
.

p/s : sekuntum mawar merah, sebuah puisi, di bulan Februari.

love, PEREMPUAN CANTIK <3

Published with Blogger-droid v2.0.10

kisah ' love is sweet ' #5

assalamualaikum & hello...

-lagi entry basi -

setelah survey sana sini makanya aku memutuskan untuk tempah baju sendiri. dengan harapan boleh dibuat baju raya sekali nanti ( puasa pun nelum habis ganti sob sob sob ).
.

tapi.......... sedikit kecewa sebab baju yang nak tu tak sama dengan yang dah siap. waktu nie Tuhan je tahu betapa aku nak menangis. terlalu geram dan marah. mana taknya kain dah beli mahal-mahal ( bagi aku mahal ) sekali dapat tak seperti yang aku nak. sejujurnya aku agak cerewat dalam soal baju nie. aku nak even mahal tapi worth it. ikut hati marah rasa taknak bertunang dah ( macam stupido sebab baju cancel bertunang ). maklah yang memujuk hati. punyalah sayangnya mak dekay anak sanggup dia nak belikan kain baru then tempah yang lain. bayangkan majlis tinggal betul-betul dua minggu siapa lah yang nak buatkan dengan aku duduk jauh di Parit Buntar dan tailor di Ipoh. memang agak mencabar waktu tu.
.

habis semua kawan baik aku terpaksa dengar rintihan hati aku. tapi mereka tetap terbaik kerana komen yang mereka beri semuanya membina. sikit pun tak menambahkan luka dekat hati aku. wakaka.
.

at last aku redha dan aku terima. somebody told me that ' awak tak siap lagi nanti dah siap make up apa semua mesti nampak okey dont worry '. kaya-kata sedemikian buat aku cair.  Alhamdulillah jugak sebab saat-saat macam tu Allah kurniakan somebody nie untuk lembutkan dan sejukkan hati aku. terima kasih sahabat.
.

kos untuk baju:

kain chiffon + satin = RM270.00
upah jahit = RM100.00
upah jahit manik = RM65.00

so finally, baju itu macam tidak sesuai dijadikan baju raya sobsssssssss. terasa pelaburan besar di situ sebab memang pakai sekali je masa e-day. tak ada idea sama ada nak jual or apa.
.

tudung pulak mulanya nak pinjam tudung housemate je sebab macam sesuai dah colour. tapi mata tu jahat jugak melilau sana sini cari tudung. survey di Parit Buntar tak ada yang menarik. sebab pilihan aku nak tutup dada tapi semuanya pendek-pendek. survey internet kebetulan ex-roomate waktu di Teknik dulu ada jual tudung. tanya dan tanya dia tak dapat buat sebab kekangan masa dengan wedding beliau seminggu selepas majlis aku. so die ajar cara-cara nak buat shawl, pilih kain jenis apa, meter, bidang etc. so aku start cuti dua hari sebelum majlis maknanya hari jumaat aku dah ada di Ipoh. so peneman setia aku iaiti mak akulah yang bawak aku nak beli kain untuk dibuat shawl. dah sampai tempat kejadian, turun kereta naik tangga masuk main entrance, nah berlambak orang jual tudung. tiba-tiba tergerak hati untuk ke satu kedai. so taraaaaaaaaa pilihan hati idaman kalbu si depan mata. Alhamdulillah ringan beban. tawar harga terus ambil dengan muka yang penub senyuman sampai telinga.
.

so kos untuk tudung RM80.00 size adalah XL. L tak ada so ambil jugak haha. tak membazir sebab kualiti sangat bagus dan pakai sampai sekarang. labuh belakang kira sebab boleh di pin.
.

p/s : dalam gambar bukan tudung sebenar. tudung sebenar dipakai waktu majlis ekeke.

love, PEREMPUAN CANTIK <3

Published with Blogger-droid v2.0.10