Isnin, 14 Julai 2014
aku dan blog....
Selasa, 1 Julai 2014
quick update
Assalamualaikum & hello...
Alhamdulillah, 3 Ramadhan sudah. masih diberi kesempatan untuk sama-sama meraikan Ramadhan Kareem.
kalau dulu hanya bersama-sama keluarga tercinta tetapi sekarang menyambutnya dengan suami pulak.
rasa macam tak percaya tapi inilah hakikatnya.
bermulalah jugak hari-hari yang sibuk sebagai isteri dan wanita yang bekerja. huh wanita?? oppssss.
p/s: hari ini nak berbuka puasa apa??
love,
Perempuan_cantik ♡
Rabu, 11 Disember 2013
happy tummy with dip n dip
assalamualaikum & hello...
perut kenyang hati senang keh3.
cheat sikit-sikit je. jangan marah naa mr'atkin. tak tahan dengan lelehan chocolate itu.
rasa sekali pasti nak lagi.
p/s : Jalan Telawi 3, Bangsar ( opposite alliance bank )
love, Perempuan Cantik ♡
Selasa, 10 Disember 2013
random....
assalamualaikum & hello...
hujan bunga ipoh ♡
luckily harinie off day memang sedap la senantiasa berada di atas katilkan kui kui kui.
.
semalam sempat dating dengan my dearest girl. selalu sizzling date tapi semalam tukar johny's date. aku memang berhantu dengan steamboat nie tambah-tambah johny's tak kira la sedap ke tak ke steamboat tu. asalkan namanya steamboat hari-hari pun mawww haha.
same goes to sizzling mee. hari-hari makan pun tak pe. err diet?? so far diet berjalan lancar. ada la nampak perbezaan. so minggu nie minggu ke empat tanpa nasi. tapi laksa dan mee aku bedal jugak. mana tahan weh makanan kegemaran katanya. berat tak pergi timbang lagi sebab nak tunggu sebulan ngam-ngam baru nak timbang. tapi obvious yang nampak badan rasa ringan dan tak mudah penat.
.
tapi kalau dah tekak melayu tu tetap melayu jugak. bila nampak nasi geram je. tambah-tambah bulan nie penuh dengan wedding's event kawan-kawan. nasi minyak tu bukan senang nak dapat. tapi dengan semangat yang jitu semua dilupakan. bila orang tanya bila nak makan nasinya aku akan jawab tunggu 14 March 2014. kui3.
.
p/s: counting daysss untuk makan nasi bukannya tak sabar untuk big day thehe.
love, Perempuan Cantik ♡
Rabu, 4 Disember 2013
wordless wednesday
assalamualaikum & hello...
lets picture tell everything....
love, Perempuan Cantik ♡
Selasa, 19 November 2013
diet diet diet
assalamualaikum & hello...
panduan untuk sesiapa yang nak cuba ber-atkins diet. moh kita ber-atkins diet.
.
selamat tinggal ubi kentang dan carrot serta sotong ku sayang sobssssssss :'( *laplapairmata
.
bak kata consultant aku cubalah jimat dan healthy sebab kita masak sendiri and for sure bersihkan. tambahnya lagi beras tak habis kih kih kih.
.
**picture share from my consultant ( aisyewahh ber-consultant la pulak kan )
p/s : nak masak apa kejap lagi untuk bawak bekal?
ber-atkins diet
assalamualaikum & hello...
harini eh semalam 18 / 11 / 2014 aku dah nekad dengan hati yang teguh nak diet sebelum tiba majlis besar aku nanti. kui kui kui.
.
aku nak cuba ber-atkins diet. macam best je macam mudah je. atkins diet nie rupa-rupapnya diet tanpa carbohydrates which means kau makan la apa-apa pun asalkan jangan ambil carbohydrates tu je. nampak sangat mudah tapi tapi tapinyaaaaaaa mampukah aku dengan godaan-godaan keliling? sobsssssss :'(
.
aku kalau dekat rumah memang tak ada masalah kalau tak makan sekalipun tapi kalau dekat office errrrrr mesti ternoda. kadang-kadang aku pulak yang jadi dalang dalam bab order makanan. acane ke tu. duduk ipoh nak apa je call ada je delivery. waktu dekat parit buntar tak ada pun benda-benda delivery nie so baik sikit la. kih kih kih.
.
jadinya dengan semangat yang jitu dan ada pulak insan yang menyokong hasrat murni ini makanya saya nekad untuk ber-atkins diet. harapnya bukan seminggu je tapi biar la berbulan-bulan. dan make sure excercise di seiringkan. persoalannya lagi, mampukah aku wey. semangat dan terus bersemangat.
.
aku bab-bab kurus secara makan ubat nie memang no no no la bagi aku. plus aku bukan jenis suka telab ubat. bila fikir memang akan kurus tapi khasiat dalam badan? nak hidup lama lagi woi nak tambah amalan-amalan banyak kurangnya lagi so sayangilah diri. satu je niat suci murni aku dalam nak ber-diet semoga aku terhindar dari penyakit-penyakit duniawi nie. sekarang penyakit dah tak kenal keturunan.
.
semoga aku akan terus maju dan jaya dalam usaha ini. insya Allah. hehehe ;)
.
p/s : mampukah aku???????
love, Perempuan Cantik ♡
Khamis, 14 November 2013
assalamualaikum & hello...
kerap kali aku tepis kisah-kisah sedih dari melanda jiwa, hati dan diri aku.
.
walau sesakit hati aku nie tetap senyum terpaling manis aku bagi. kerap kali aku beri bunga mawar yang harum pada orang kerap kali itu jugak aku dibaling tahi yang busuk. apa aku buat? tetap bagi senyuman yang terpaling manis.
.
aku nie bukan la kuat sangat jiwanya. cengeng jugak orangnya. tapi seboleh-bolehnya aku tabahkan diri aku supaya senyum senyum senyum.
.
dan yang pasti aku nie manusia. tahap sabar aku merudum jugak.
.
but please, jangan sakiti aku lagi. cukup-cukuplah. cukuplah tutup kejelekan kau perguna nama aku.
.
p/s: merajuk :'(
love, Perempuan Cantik ♡
Rabu, 23 Oktober 2013
happy birthday my dear blog
assalamualaikum & hello...
happy birthday warnawarnidiarikehidupan
turn 4th
love, Perempuan Cantik ♡
Rabu, 18 September 2013
i love me
assalamualaikum & hello...
tak ada apa-apa yang lebih indah selain dari ketetapan-Nya.
gembira menjadi saya.
kesempurnaan itu harus dicari setiap detik.
syukur Alhamdulillah untuk hari yang telah lepas,kelmarin, semalam dan hari ini.
love, PEREMPUAN CANTIK ♡










