Memaparkan catatan dengan label my diet journey. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label my diet journey. Papar semua catatan

Selasa, 10 Disember 2013

random....

assalamualaikum & hello...

hujan bunga ipoh ♡
luckily harinie off day memang sedap la senantiasa berada di atas katilkan kui kui kui.
.

semalam sempat dating dengan my dearest girl. selalu sizzling date tapi semalam tukar johny's date. aku memang berhantu dengan steamboat nie tambah-tambah johny's tak kira la sedap ke tak ke steamboat tu. asalkan namanya steamboat hari-hari pun mawww haha.

same goes to sizzling mee. hari-hari makan pun tak pe. err diet?? so far diet berjalan lancar. ada la nampak perbezaan. so minggu nie minggu ke empat tanpa nasi. tapi laksa dan mee aku bedal jugak. mana tahan weh makanan kegemaran katanya. berat tak pergi timbang lagi sebab nak tunggu sebulan ngam-ngam baru nak timbang. tapi obvious yang nampak badan rasa ringan dan tak mudah penat.
.

tapi kalau dah tekak melayu tu tetap melayu jugak. bila nampak nasi geram je. tambah-tambah bulan nie penuh dengan wedding's event kawan-kawan. nasi minyak tu bukan senang nak dapat. tapi dengan semangat yang jitu semua dilupakan. bila orang tanya bila nak makan nasinya aku akan jawab tunggu 14 March 2014. kui3.
.

p/s: counting daysss untuk makan nasi bukannya tak sabar untuk big day thehe.

love, Perempuan Cantik ♡

Published with Blogger-droid v2.0.10

Selasa, 19 November 2013

diet diet diet

assalamualaikum & hello...

panduan untuk sesiapa yang nak cuba ber-atkins diet. moh kita ber-atkins diet.
.

selamat tinggal ubi kentang dan carrot serta sotong ku sayang sobssssssss :'(  *laplapairmata
.

bak kata consultant aku cubalah jimat dan healthy sebab kita masak sendiri and for sure bersihkan. tambahnya lagi beras tak habis kih kih kih.
.

**picture share from my consultant ( aisyewahh ber-consultant la pulak kan )

p/s : nak masak apa kejap lagi untuk bawak bekal?

Published with Blogger-droid v2.0.10

ber-atkins diet

assalamualaikum & hello...

harini  eh semalam 18 / 11 / 2014 aku dah nekad dengan hati yang teguh nak diet sebelum tiba majlis besar aku nanti. kui kui kui.
.

aku nak cuba ber-atkins diet. macam best je macam mudah je. atkins diet nie rupa-rupapnya diet tanpa carbohydrates which means kau makan la apa-apa pun asalkan jangan ambil carbohydrates tu je. nampak sangat mudah tapi tapi tapinyaaaaaaa mampukah aku dengan godaan-godaan keliling? sobsssssss :'(
.

aku kalau dekat rumah memang tak ada masalah kalau tak makan sekalipun tapi kalau dekat office errrrrr mesti ternoda. kadang-kadang aku pulak yang jadi dalang dalam bab order makanan. acane ke tu. duduk ipoh nak apa je call ada je delivery. waktu dekat parit buntar tak ada pun benda-benda delivery nie so baik sikit la. kih kih kih.
.

jadinya dengan semangat yang jitu dan ada pulak insan yang menyokong hasrat murni ini makanya saya nekad untuk ber-atkins diet. harapnya bukan seminggu je tapi biar la berbulan-bulan. dan make sure excercise di seiringkan. persoalannya lagi, mampukah aku wey. semangat dan terus bersemangat.
.

aku bab-bab kurus secara makan ubat nie memang no no no la bagi aku. plus aku bukan jenis suka telab ubat. bila fikir memang akan kurus tapi khasiat dalam badan? nak hidup lama lagi woi nak tambah amalan-amalan banyak kurangnya lagi so sayangilah diri. satu je niat suci murni aku dalam nak ber-diet semoga aku terhindar dari penyakit-penyakit duniawi nie. sekarang penyakit dah tak kenal keturunan.
.

semoga aku akan terus maju dan jaya dalam usaha ini. insya Allah. hehehe ;)
.

p/s : mampukah aku???????

love,  Perempuan Cantik ♡

Published with Blogger-droid v2.0.10