Selasa, 31 Julai 2012

update 11 Ramadhan

assalamualaikum....

salam Ramadhan untuk cantik-cantik dan kacak-kacak sekelian.
uhh lamanya tak update blog tercinta nie. limited time and internet. curi-curi update je nie pun. while kerja tak berapa nak ada nie. sorry bos. hehehe. eh hye bos. hahaha :)
.

rasa macam tak best je nak ber-blog sekarang. tak boleh nak sharing photo kurang gedik and terlebih gedik aku dan kesayangan-kesayangan aku. sobsssss. tak jumpa pulak application blog untuk balckberry. mungkin agak ketinggalan aku di situ. sesiapa yang tahu tu ajarin aku lo. banyak cerita tertunggak. tak dapat aku simpan jadikan kenangan nanti. galaxy note come to mommy a.s.a.p come comeeee. application tu je yang tahu :(
.

lagu raya pun dah makin menjadi-jadi berkumandang dekat office nie. sayu je hati dengar. rasa tak sabar nak balik. lain suasananya tempat orang jika dibandingkan dengan tempat kita. hujan batu di daerah orang, hujan bunga tetap di Ipoh. rindu hujan bunga Ipoh. how i wish i were there right now. sunyi sepi Ramadhan bersendirian tanpa keluarga dan dia yang sangat-sangat dicintai. demi rezeki kuatkan jugak langkah kaki nie. tu yang selalu pesan dekat hati. sendiri yang pilih so laluilah dengan tenang dan tabah. semoga sentiasa diberkati-Nya. amin.
.

bila dah duduk sendiri jauh daripada keluarga nie baru kene buku dengan ruas. semua pun buat sendiri. sangat packed okey schedule sepanjang bulan ramadhan nie. balik mesti sharp 5 terus masak habis masak lansung lembik dah tak lalu nak buat apa lagi. baju pun nasiblah once a week basuh. tapi penat die Tuhan je yang tahu. kadang-kadang nak tergelak bila fikir semula dah macam ada suami and anak 5 punya kelam kelibut hari-hari tu. hahaha.
.

rasa macam dahcuri masa lama sangat nie. sambil buat kerja sambil update nanti salah pulak kerja dah kene marah.
.

THE END for today...........


love, PEREMPUAN CANTIK

Selasa, 17 Julai 2012

dearie me....

assalamualaikum....

mulakan hari dengan senyuman.
nak buang kekusutan jauh-jauh.
dalam kesedihan masih ada yang sayang tanpa henti.
'saya pun sayang awak jugak'
.

dearie me.......
ingat kerja tu pun satu ibadah. laksanakan ibadah itu dengan penuh dedikasi dan penuh tanggungjawab. dont simply make it simple dimple. semuanya nanti ada hisab di sana kelak. apa jua yang jadi ingat Allah. apa jua yang berlaku semua atas kehendak-Nya jugak. jangan mudah putus asa. jangan mudah mengalah. kalau rasa benda tu betul tegakkan kalau sebaliknya terima dengan hati terbuka. sesungguhnya Allah sentiasa di kalangan orang-orang yang sabar. jangan mudah mengeluh dengan apa yang telah terjadi ini. cari jugak letaknya kekhilafan diri sendiri. berdoalah tanpa henti dan berjalanlah tanpa henti Allah sentiasa di sisi. mengadulah berdoalah tanpa rasa jemu. Dia maha mendengar maha pengasih lagi maha penyayang.


hadapi tiap sesuatu dengan tenang jiwa :)


love, PEREMPUAN CANTIK <3

hatiku hatimu lalala

assalamualaikum...

hello cantik hello kacak :)
pagi selasa yang so so saja di Parit Buntar. tak ada apa yang istimewa pagi nie melainkan hati yang selalu teringat Ipoh.
.

sejak semalam bawak ke pagi nie hati semakin membuak-buak nak balik rumah sendiri. sedih sunyi semua perasaan bercampur. hilang keyakinan diri nak hidup sendiri nak berdikari sendiri.
.

kerja yang semakin mencabar. 'Ya Allah tabahkan hatiku ini...Amin'. kadang-kadang terfikir haruskah aku jadiseorang yang mementingkan diri sendiri untuk menegakkan diri atau let it be sehingga tak ada peluang nak tegak diri sendiri dan tak ada peluang nak suarakan pendapat sendiri. nanti dikatakan kurang ajar tapi kalau tak cuba mana nak tahukan. i should wait for one fine time maybe or maybe tahap kesabaran dah hilang terus mulut boleh keluarkan kata-kata yang tak sepatut keluar. aishhh mengeluh sendiri pun tak guna.
.

kesabaran aku memang ada tahapnya so watch out :)))
.


love, PEREMPUAN CANTIK <3

Rabu, 6 Jun 2012

dear to whom may concern.....

assalamualaikum...

dear my blog also dear my readers........

petang rabu yang lemau. hujan dari pagi tadi. hujan batu paghissss tak sama dengan hujan bunga ipoh. so sad and so annoying bila perasaan macam nie datang. teringat rumah all the times. masa tudur je tak sebab memang tak fikir apa dah. tetap akan terus bertahan. ' ohh Tuhan tabahkanlah hati hambaMu..... '
.

maybe hari nie tak berapa nak cun. sebab satu masalah tak pasal-pasal ruin my mood. rasa tu datang bila keluar lunch order makan then hampir satu jam nak kena tunggu makanan tu. tengok jam hampir habis waktu lunch. hey, bila nak makan kalau macam nie? order simple je kot. bukannya gajah masak kicap. astaghfirullahalazim.
.

i'm gonna be okey i'm gonna be okey i'm gonna be okey i'm gonna be okey i'm gonna be okey i'm gonna be okey i'm gonna be okey i'm gonna be okey i'm gonna be okey i'm gonna be okey i'm gonna be okey i'm gonna be okey :)
.

nak buang rasa marah tu jauh-jauh. nak senyum dan terus tersenyum je. sorry lah abang kedai ter-emo sikit je tadi. selalu saya tak macam tu sangat. hahaha :)
.

p/s : sambung buat kerja semula.................


love, PEREMPUAN CANTIK

Jumaat, 1 Jun 2012

yeay yeay jumaat

assalamualaikum...

salam jumaat buat semua yang cantik dan yang kacak.
Alhamdulillah jumaat sudah harinie. semoga kita semua diberkati-Nya. Amin.
.

tapi yang lebih penting adalah BALIK KAMPUNG. jyeahhh. saya suka saya suka. semangat bekerja extravaganza untuk harinie. here we gooooooooooo Bismillahirrahmanirrahim..........
.


p/s : cannot wait for 5 o'clock :)



love, PEREMPUAN CANTIK

Khamis, 31 Mei 2012

assalamualaikum...

seselamat pepagi kekhamis cecantik dan kekacak sesekelian
pagi yang indah di Paritssss Buntar
diam tak diam dah masuk minggu ke-tiga duduk dekat sini. Alhamdulillah dah semakin boleh membiasakan diri dekat sini. tapi perasaan rindu tetap membuak-buak dekat Ipoh. tapi apakan daya demi mencari rezeki aku gagahkan jua langkah kaki ini. semoga rezeki ku ini diberkati dan apa jua yang aku lakukan dekat sini diberkati-Nya jugak.
.

Alhamdulillah dikelilingi orang-orang yang super duper best. dari rumah sampailah ke office memang best semuanya. terima kasih Tuhan untuk anugerah ini.
.

bila dah duduk jauh daripada family memang sangat-sangat terasa lain. semua pun kena buat sendiri. ada kawan ke tak ada kawan ke semua kena buat sendirilah. baru tersedar erti berdikari tu macam mana. betapa kita akan menghargai sesuatu tu.
.

dari segi kewangan pun macam tu jugak. kalau dulu duduk dengan family apa saja nak beli je. tapi bila dah duduk sendiri banyak benda kena cut. tak boleh sewenang-wenangnya beli itu beli ini. mesti kena reserved sikit duit tu nak buat bayar itu bayar ini. ( padan muka untuk diri sendiri ).
.



Selasa, 10 April 2012

tuesday updated

assalamualaikum...

pagi yang indah hari ini. semangat dah mula berkobar-kobar nak balik ipoh malam nanti. baru seminggu dah ting tong rindu yang teramat. macam mana kalau dapat kerja luar nanti. ayaya.
.

tapi bila dah balik ipoh mesti rindu Si Cemel dan Si noty. tqapi apakan daya kat mummy, papa, adik dan atok jugak rindu sama. huwaaaaaaaaaaa sob sob sobsssss :(
.


p/s : gagahkan diri nak kemas bag. seronok dalam tak seronok.

Sabtu, 7 April 2012

assalamualaikum...


hai cantik hai kacak
masih dalam mood cuti-cuti jalan-jalan makan- makan.
kalau semalam seorang diri pun boleh sampai Genting Theme Park dan hari tak lagi keseorangan tapi bersama-sama my beloved sister.
.

jadinya hari nie jalan- jalan di Bukit Tinggi pulak.looks like boring place tapi to those yang nak berehat-rehat sesuailah.bagi aku dan tiga hari berehat kat atas sana nun tak ada lah rasa nak rehat lagi.tapi apakan daya ikut saja kehendak my sister.
.

dan sekarang aku ada dekat Rabbit Farm.disebabkan aku bukan seorang yang pecinta tegar binatang so bagi aku tempat nie tersangatlah bosan.kalau Kuala Lumpur tu dekat dah lama aku jalan kaki balik.tapi jauh aku tabahkan hati jua.tapi tak apa janji my lil nephew happy sudah.punya seronok dia berkejaran dengan rabbit sekelian.aku sekejap je pegang bila rabbit tu dan menggedik dekat tangan memang chakponglah namanya.sorry rabbit.
.

teringat pada somebody yang pernah bagi aku rabbit ( yang beno-benonya aku yang mintak belikan tapi consider bagilah ) memang tak lama haystnya dengan aku.nama rabbit tak menahan Nia Amanda.haha.cuma dua hari je hayat si Nia nie.tu pun dalam dua hari tu bukan aku yang jaga sangat.pakcik je yang semangat tebuk lubang untuk kotak tu.nak bagi makan pun aku takut.niekan pulak nak dukung-dukung memang taklah.tapi sampai sekarang insan yang memberi tu tak tahu hayatnya hanya dua hari.kalau ditanya memang aku jawab hidup lagi then sampailah sebulan baru bagitahu yang si Nia dah mati.tapi yang dia tahu si Nia berhayat sehingga sebulanlah walhal dua hari.sorry awak terpaksa menipu.haha.
.

okey gottogo.ohyeah going back to kualalalaaa lumpur.mahu jumpa baby najihah pulak.cannot wait.tapi kene tinggalkan aisy pulak.sob sob sobssssssss :(
.



love, perempuan cantik :)

i wish u were here

assalamualaikum...


second night at Genting.betapa rindunya pada pojaan-pojaan hati di sana nun.sometimes rasa tak sabar nak balik sometimes rasa nak duduk sini terus.tapi rindu mengatasi segala-galanya.
.


apa khabar orang kampung?
baik-baik sahaja ya.
.


and i wish u were here too sayang...................................




p/s : happy weekend gorgeous and handsome




love, perempuan cantik :)

Khamis, 5 April 2012

hello genting

assalamualaikum...


hai kacak hai jelita
hari yang indah buat semua ya seindahnya hari saya hari ini
.

percutian yang tak dijangkakan HELLO GENTING !!
lupakan seketika hiruk pikuk kehidupan di bawah sana nun
nie yang dinamakan rezekikan
dalam nak cari percutian untuk tenangkan jiwa haa nah dah dapat nie berbaloi-baloi
saya suka saya suka
.



love, PEREMPUAN CANTIK :)