Rabu, 26 Januari 2011

25/01/2011

assalamualaikum...

already 03:10 AM.
sebelum tidur rasa nak jugak updated blog nie.nak jugak simpan apa yang dah dibuat seharian untuk tatapan dimasa akan datang.
.

aktiviti hari nie lebih kepada tidur.tidur sepanjang masa.tidur sepanjang hari.sebelum aku tersentap,disentap dan menyentap lebih baik aku tidur.semenjak bermenjak nie aku terlalu beremosi.bila orang janji tapi tak tunaikan aku mula tersentap.bila terkenang kisah yang macam-macam tersentap jugak.pengakhiran dari tersentap macam biasa meleleh air mata.lepastu gagahkan jugak memujuk diri sendiri dan pesan dekat air mata jangan meleleh nanti maskara jatuh habis hitam bawah mata.at last,tak meleleh sebab cun pun kene cover.
.


malam pulak dinner dengan ratna.tapau then makan rumah beliau.macam-macam yang kami cot cet cot cet.sekurang-kurangnya hilang sikit beban yang aku tanggung.tak tahu la beliau dengar dengan rela atau paksa rela.haha.
.





me with her



 

Isnin, 24 Januari 2011

24/01/2011

assalamualaikum...

hari ini sangat gumbira setelah semalam dan semalam berduka lara.u really make me happy and happy and happy.setelah berhari-hari aku tunggu finally berbunyi jugak dia yea.so sweet.thanx god for this moment.
.

bila hati dah tenang buat apa pun semuanya jadi senang.semangat aku datang membara-bara.at last baju-baju yang dikumpul selama seminggu untuk di-iron telah selamat di-iron-kan.kalaulah hari-hari macamnie.
.


tiba-tiba terasa macam nak makan donut from big apple.ohh my time hujan macamnie laa perut meronta-ronta nak makan donut.hati pun dah melayang-layang sampai kedai donut 2.donut chocolic + apple's tea.uhh yummy delicious and heaven ohh.sanggupkah aku berpayung sambil berjalan kaki semata-mata kerana donut 2?harus segera ambil lesen kereta supaya teringin apa-apa time hujan macamnie boleh redah jew.
.


 
p/s : sale..sale..sale
needs more RM to shopping.faber medi-serve kembalikan duit aku!!!


"life is so complicated" bila

assalamualaikum...

malam-malam yang penuh dengan emosi.satu persatu bermain difikiran.aku jadi tak menentu.semakin hari semakin rasa dibebani dengan masalah yang tak pernah sudah.tapi aku percaya semua ini ketentuan-NYA.ALLAH takkan memberi dugaan yang boleh membebani hambanya sendiri.semoga aku akan terus tabah menjalani setiap rintangan dan ujian ini.
.


nak diluah tak ada kata-kata.nak ditelan terasa perit dan pahit.nak disimpan terasa membebankan.mungkin berdiam diri lebih baik dari berkata-kata.kadang-kadang aku tak mampu untuk menanggung semua nie seorang diri.memang aku tak mampu.cuma disini,dilaman ini semuanya diluahkan.
.


life is so,so,so,so complicated,
bila orang tak pernah puas dengan apa yang dia dah sedia ada tapi dengki dengan apa yang orang lain ada tapi dia tak ada.faham maksud aku?macam PHD la.bukan Permenant Head Damge tapi Perasaan Hasad Dengki.aku dah biasa dengan semua-semua nie.tapi tak tahu bila nak berakhir.dari dulu sampai sekarang dia masih ada perasaan dengki terhadap aku.kenapa?kawan,bukan ke kita semua nie sama.yang bezakan taraf hidup kita bila kau kurang bernasib baik dari segi apa yang aku ada sekarang nie.tapi kau pun sama jugak.aku pulak kurang dari segi yang kau ada.tak sama ke 2?bagi aku tak perlu kau nak rasa iri hati.mungkin hari ini hari aku.esok lusa hari kau siapa tahu.cuma dalam hidup kita perlu sabar untuk kita capai sesuatu.tak semua yang kita nak 2 akan datang bergolek-golek.apa-apa pun yang jadi,kita perlu jaga dan aware setiap kata-kata yang keluar daripada mulut kita.ya memang aku terasa dengan kata-kata kau.tapi sikit pun aku tak amek hati.tapi kau?pernah kau rasa apa yang aku rasa?berubalah wahai kawan.sampai bila nak duduk ditakuk lama.mari kita berubah ke arah yang lebih baik bersama-sama.
.


life is so,so,so,so complicated,
bila cinta didusta.kahkah.cintakah?dustakah?bukan cinta bukan didusta.tapi lebih tepat bila hati dan jiwa dan juga fikiran dipermainkan.rasa sangat lost bila diperbodohkan macamnie.diperbodohkan pulak dengan ayat-ayat yang tersangat manis bak gula-gula kapash.siapalah kita nak menolak cintakan.tapi bila tak menolak,harus terima padah dengan seadanya.so sekarang "wakenabeb".sod.ba.ro.kahkah
.

so tabahlah wahai hati.life cannot be complicated when i keep my smile up :)
senyum tak perlu kata apa-apa,senyum,senyum~




Jumaat, 21 Januari 2011

ime & imelly

assalamualaikum...


18/01/2011
disuatu petang.dengan rm5 makanya.....

..
..
..
..
..
..
..

welcome home ime & imelly.2 ekor ikan yang sangat comel.jantan ime dan betina imelly.so sweet.tempat aku meluahkan isi hati.kahkah.tiba-tiba rasa nak bela ikan dan berita gembira tentang kehadiran ime & imelly telah disebarkan.semangat aku text and call insan-insan terpilih untuk bagitahu benda nie semua.tapi him?oh my sudah ter'emo mengenangkan beliau.
.

sekarang pagi,tengah hari,malam dan pendek panjang kata hari-hari aku asyik teringat ime & imelly jew.sebelum aku makan aku pasti akan bagi budak dua ekor nie makan dulu.kalau dulu aku lapar jew terus makan tapi sekarang bagi mereka makan dulu baru aku makan.apa saja yang aku buat mesti akan terkenangkan ime & imelly.untunglah jadi ime & imelly.semua orang keliling aku sambut kehadiran ime & imelly dengan baik sekali.
.


20/01/2011
ime & imelly selamat melahirkan anak-anak mereka.baru 2 hari aku jaga dah 2 ekor nie bagi aku cucu.dalam 40 ekor.ya 40 ekor.terkejot aku.jenuh aku nanti.nie buatkan aku geli nak salinkan air dia.sebab tak tahu nak asingkan sebab terlalu banyak anak ikan.dan tak tahu nak namakan apa.kahkah.mula-mula aku ingat berudu rupanya anak-anak ime & imelly.
.




p/s : get this brilliant idea from ratna.now bobbi (ikan ratna) dah ada kawan.


p/s : awak,awak nak tahu tak yang saya dah ada ikan-ikan yang comel.haha




20/11/2011

assalamualaikum...


baru pulang dari dinner dan tesco.pergi bersama keluarga tercinta.time menge-pow sister and daddy untuk makan sedap-sedap dan beli shower gel dan facial foam dan sewaktu dengannya.hari isnin sempat menge-pow my eldest sister buat treatment rambut.terima kasih semua.
.

pagi keluar dengan ratna pergi tesco jugak tapi semata-mata makan sizling mee.duhai perut mengapakah terlalu demand untuk makan sedap-sedap ketika hati resah dirundung pilu.
.


tengah hari just duduk di rumah sambung tidur ekoran terlalu mengantuk.
.

petang follow mereka-mereka cabut ubi.so petangnya kembali ke era zaman jepun.ubi rebus + kelapa gula.sedap.sekali sekala makan.kelapa 2 jugak hasil kukuran aku sebab nak beli dekat kedai mesin rosak jadinya cuma guna pengukur kelapa sahaja.manual.tahniah buat diri sendiri sebab berjaya menggunakan pengukur dengan jayanya.
.


tamat kisah 20/01/11
.


 

Selasa, 18 Januari 2011

tarik tali

assalamualaikum...


main tarik tali
seksa





senyum
tak perlu kata apa-apa~
lalala




 

Ahad, 16 Januari 2011

selamat hari lahir

assalamualaikum...


12 januari 2011
selamat hari lahir mummy yang ke 54 tahun
sayang selalu
semoga kasih yang bertaut kekal selamanya






13 januari 2011
selamat hari lahir angah yang ke 26 tahun
sayang selalu
semoga kasih yang bertaut kekal selamanya
dan cepat dipertemukan jodoh dengan insan yang baik 





  

16/11/2011

assalamualaikum...


16/11/2011
dah lama tak update.broadband yang merapu meraban.dah bayar.tapi still sangkut macam angkut-angkut.geram.
.






Isnin, 10 Januari 2011

bayar sudah

assalamualaikum...


cergas...
line dah bayar.boleh melayari segala laman sesawang tanpa sangkut-sangkut lagi.




dari perkara ke perkara

assalamualaikum...


perkara 1
minggu kedua untuk tahun baru.minggu dimana hari lahir mummy and sister.hajat dihati nak beli hadiah yang hebat.kereta mazda6 seorang sebijik.tapi hajat hanya tinggal hajat sebab aku sendiri lesen kereta pun tak ada nak bagi orang hadiah kereta.nak bagi apa masih dalam pemikiran.ikut pada bajet minggu kedua 2011 nie macam tak dapat nak bagi apa-apa.haha.cukup sekadar doa yang tidak pernah putus daripada seorang anak dan adik :)
.

perkara 2
menanti yang tak pasti.betul ke tak ke.serius ke main-main ke.aishh susah la macamni.terpaksa la belajar main layang-layang supaya layang-layang maintain di atas dan talinya tak putus walau angin ribut datang melanda sekalipun.kita tetap maintain main layang-layang 24/7.like.like.like.
.

perkara 3
tolong ingatkan aku!!banyak kerja tak buat lagi.basuh baju.kemas bilik.basuh bed sheet.iron baju atok.kemas almari atok.lipat baju.ayaya malasnya.bila nak datang mood rajin nie.tolong ingatkan aku sekali lagi.
.

perkara 4
huh yang nie memang tak jemu-jemu ingatkan aku.ada saja peringatan dia buat aku.aku pulak yang jadi jemu sebab ingatkan benda yang sama je.BIL MAXIS BROADBAND.hari-hari asal aku connect ada je reminder dia.patut la line jadi selow melow.masa sudah hampir tiba.harus cergas pergi bayar.
"pak seponser mintak seponser bayarkan =) "
.

perkara 5
aku harus tidur sekarang juga supaya aku tak lagi jadi kelawar.malam tak tidur siangnya qado tidur.kalau ada opah mesti dia marah.ok stop.yang pergi tetap pergi.
"selamat malam sayang-sayang semua.mimpi indah dan selamat bekerja"
.


p/s : biarlah siapa pun nak menang AJL 25.rezeki dalam poket masing-masing la.