Memaparkan catatan dengan label cooking with live. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cooking with live. Papar semua catatan

Khamis, 1 November 2012

cooking with love

assalamualaikum & hello...


bila duduk rumah sendiri ( bukan rumah atas nama sendiri ) means sewa dengan kawan-kawan, rutin hidup pun memang berbeza. kalau dulu pergi dan balik kerja, kalau tak pergi sendiri mak yang hantar dan ambil. balik rumah terus buka tudung saji ambil pinggan cuci tangan tuang nasi tuang lauk terus ngap je. tak payah fikir harini nak masak apa makan apa. kalau rasa teringin nak makan apa-apa request je dekat mak. for sure balik kerja tersedia juadah yang diidamkan.
.

tapi sekarang dah lain. rutin ' terbiasa ' dengan keadaan itu sudah pun berubah. kalau sekarang pulak, belum pukul lima dah fikir nak makan dekat luar atau masak. kalau makam kat luar nak makan mana dan kalau masak nak masak apa pulak. ya setiap hari akan berlaku fenoma tong tang tong tang dekat otak untuk berfikir itu dan ini. dear brain i'm so so sorry for the heavy duty everyday.
.

kalau pilih untuk makan luar dah bosan sebab kedai yang sama je setiap hari. choice untuk makan dekat luar tersangatlah limited di sini. aku pulak bukan jenis simply nak makan kat luar yang tak kisah sedap atau tak. aku lebih fikirkan soal sedap dan bersih untuk sesuatu kedai. bayar mahal sikit tak apa asalkan bersih dan sedap. kalau murah nanti kedai tak bersih makanan dan masakan tak ada kualiti pun tak seronok jugakkan. bukan berlagak tapi ini adalah fakta. nak ke kamu semua makan sekat satu kedai yang mana kedai tu banyak lalat, kotor tepi longkang, pekerja pulak masak sambil merokok dan seumpamanya tetapi harga yang ditawarkan murah? disebabkan murah kita pergi jugak. oh kalau aku memang NO dari awal. itu belum fikir soal MSG pulak.
.

so untuk ambil langkah mudah, sekarang ni setiap hari aku akan masak dekat rumah kalau boleh. puas hati air tangan sendiri. bersih ke kotor ke kita yang tentukan sendiri. yang pasti ' pak aji ' memang tak ada lah kalau dekat kedai mesti ada punyakan. ( fikirlah kebaikan dan keburukan sendiri. peringatan untuk diri sendiri ) for sure we choose the best and clean one right. lagi pulak masak nie boleh bagi satu kepuasan yang aku sendiri tak tahu nak terjemahkan macam mana. pendek dan panjang kata memang tersangat puaslah. sedap atau tak, at least kita punya usaha sendiri. lagi pulak jimat sangat masak sendiri. satu kesenangan jugak bagi aku sebab aku cintakan dunia masakan. eceh hahaha. so kalau aku jumpa resepi baru pasti dengan semangat berkobar-kobarnya aku akan cuba jugak resepi itu.
.

al-kisah semalam : beberapa harini sharp five je mesti hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulillah anugerah Allah hujan nie. tapi bagi aku yang bermotosikal nie agak susah la sikit. tapi dalam kesusahan tu Allah dah sediakan idea yang sangat baik. tinggalkan motor di pejabat then tumpang housemate sayang balik rumah. nasiblah duduk dekat daerah yang punya keluasan tanah kecil berbanding kuala lumpur. so pejabat kami adalah sangat dekat. hujan seterusnya pulak seelok aku sampai rumah, mencurah-curahlah hujan turun. Syukur di situ lagi. aku tak basah kuyup. so sebelum balik sempatlah aku fikir nak masak apa. teringat lauk-lauk yang ada dalam freezer ting datang rasa nak makan kari ayam. sharp five terus finger out zasss ke kedai nak beli ubi kentang dan serbuk kari ayam. sebelum tu blogwalking satu blog nie tunjuk resepi simple cendawan goreng dan wedges. nah, teringat ada cendawan tiram dekat rumah. so beli tepung serbaguna dan ubi kentang lebih sikit sekali. sesampai rumah salin baju semua, dah lupa beli telur. hujan turun mencurah-curah. tak boleh nak keluar. so pendamkan hasrat nak makan cendawan goreng. sobsss. tong tang tong tang kat dapur maka terhasillah kari ayam with ubi kentang + sayur goreng + ikan kembung masin goreng + hot apple tea = sangat masyuk makan dalam keadaan hujan mencurah-curah seperti berada di paris pada musim sejuk.
.

dalam pukul lapan lebih hujan still tak berhenti tapi dah berkurang kalau dibanding tadinya gagahkan jugak keluar kedai pergi beli telur. sampai terpeleotlah depan kedai di khalayak ramai pulak tu. tapi tak malu sangat sebab kita tak kenal orang dekat situ. so cover cun sudah. dah beli telur semua balik tong tang tong tang maka terhasillah cendawan goreng tepung.
.

the end
.


p/s : siakap sweet sour + sotong masak kicap + sayur goreng menu untuk malam nie. ehehehe :)


love, PEREMPUAN CANTIK <3>

Ahad, 30 September 2012

my homemade chicken chop with mushroom sauce

assalamualaikum & hello...

akhirnya mood nak memasak datang maka terhasil juga chiken chop nie. tertangguh- tangguh dari sehari ke sehari. since aku upload hasilnya yang tak seberapa bagi awak-awak semua tapi indah bagi saya di facebook, instagram dan twitter, ada yang pm, sms dan bbm mintak resepi. yea resepi yang aku guna pakai tersangatlah mudah dan cepat.

bila-bila aku rajin aku update yea resepinya. hehehe. malas nak fikir dan menaip sekarang.

selamat malam semua dan selamat berhujung mingu.

love,PEREMPUAN CANTIK <3

Published with Blogger-droid v2.0.9